Permohonan Bantuan Khas ANIS & Didik ANIS Selangor(anisselangor.com)

Permohonan Bantuan Khas ANIS & Didik ANIS Selangor (anisselangor.com)

Bantuan Khas Didik ANIS

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Permohonan bantuan khas anak istimewa Selangor (ANIS) boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang YAWAS.Pemberian bantuan khas Didik anak istimewa Selangor (ANIS) manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Terdapat 4 jenis bantuan bagi program bantuan khas anak istimewa Selangor (ANIS) iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk makluman bersama tentang Bantuan Khas Didik ANIS.

Bantuan Kewangan Kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa

Bantuan terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Peruntukan bantuan ini diberikan secara one-off dan institusi pendidikan yang berminat

Bantuan Khas Didik ANIS

Objektif Utama

Objektif utama bantuan ini diperkenalkan adalah untuk:

  1. Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
  2. Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut
  3. Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.

Tarikh Permohonan 2023

Akan dikemaskini nanti

1 Ogos 2022 sehingga 8 Ogos 2022

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang perlu diikuti pemohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/didikanis.
  2. Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Didik ANIS Fasa 2, sila hubungi Hotline ANIS di talian 03-55453170.

 

Apakah Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)?

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan bantuan khas anak istimewa Selangor (ANIS)  bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Syarat Kelayakan Bantuan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)?

  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

 

Cara Permohonan Bantuan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

  • Pemohon boleh memohon secara atas talian
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  • Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
  • Permohonan boleh dihantar kepada :
  1. Emel [email protected]
  2. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran

3. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

 

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)

 

Tarikh Permohonan Bantuan Khas Didik ANIS

Akan dikemaskini nanti untuk tahun 2023

Pendaftaran akan dibuka bermula pada 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022 secara atas talian.

Bantuan Khas Didik ANIS

Bantuan Didik ANIS adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Objektif pelaksanaan bantuan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan EIP di negeri Selangor.
  • Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
  • Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi Bantuan Khas ANIS akan dimaklumkan oleh pihak EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor.

Untuk Bantuan Didik ANIS, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Kaedah Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://www.anisselangor.com/ ketika tarikh permohonan telah dibuka.

Soalan Lazim 

1.Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

 

2.Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

 

3.Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

 

4.Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my.

Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses

 

5.Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

 

6.Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke [email protected].

 

7.Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

 

8.Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja

 

9.Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

Boleh

 

10.Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?

Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan.

Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.

 

11.Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?

Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.

YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.

 

12.Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap?

TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.

 

Maklumat Lanjut Tentang (ANIS)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web YAWAS atau rujuk FAQ

Baca Juga: Senarai Tablet Terbaik Untuk PdPR

 

1 thought on “Permohonan Bantuan Khas ANIS & Didik ANIS Selangor(anisselangor.com)”

Leave a Comment