Cara Buat Bayar Secara COD Guna Shopee (Tutorial Mudah)

Cara Buat Bayar Secara COD Guna Shopee (Tutorial Mudah)

Cara Buat Bayar Secara COD Guna Shopee

Shopee merupakan platform jual beli atas talian yang menawarkan Cash On Delivery (COD) dalam cara pembayaran sesuatu produk. Pembeli hanya perlu tunggu barang sampai baru perlu membuat bayaran. Menarik bukan.

Namun begitu, COD setakat ni hanya terpakai untuk Shopee Express, DHL eCommerce (bermula 26/3)  dan Ninja Van (akan datang).

Untuk Shopee Express, hanya selected seller akan dapat menggunakan fungsi ini. Dan cara pembayaran ni terhad untuk Lembah Klang, Negeri Sembilan, Penang, Melaka, Johor, Perak, Kedah (selected postcode) dan Pahang (selected postcode).

Manakala untuk DHL dan Ninja Van, akan dapat digunakan untuk seluruh semenanjung dan selected bandar di Sabah dan Sarawak.

Kami akan berkongsi cara bayar secara COD menggunakan Shopee yang mudah dan selamat.

 

Cara bayar secara COD menggunakan Shopee

Sekiranya seller itu menerima kaedah COD, anda boleh ikuti langkah dan cara ini sehingga selesai barang anda tersebut diperoleh daripada seller.

 

  1. Buat checkout barang anda seperti biasa di Shopee. Pada shipping option, pilih ‘Standard Delivery with COD’ dan klik ‘Confirm’. Kemudian pada bahagian Payment Option pula, pilih kaedah bayaran secara ‘Cash On Delivery’

BAYAR COD SHOPEE

 

  1. Setelah anda Place Order, pesanan anda akan masuk pada bahagian ‘To Pay’dibawah My Purchases untuk tempoh 2 jam sahaja.

Artikel lain : Cara Return Barang Shopee

  1. Jika kaedah COD ini diterima oleh seller, pesanan akan masuk pada bahagian ‘To Ship’pula. Seller akan bagi tahu yang dia akan pergi hantar atau COD barang kepada anda. Anda tunggu sahaja.

BAYAR COD SHOPEE

 

  1. Jika kurier atau seller sendiri sudah hantar barang kepada anda, anda perlu buat bayaran secara tunai atau cash kepadanya. Jika sudah bayar dan dapat barang, seller akan kemaskini dalam Shopee untuk status ‘Delivered’

aa4

  1. Tahniah sudah selesai.

 

 

 

 

Info Penting Tentang COD Shopee

Bayaran dan penghantaran mestilah berlaku dalam tempoh 2 jam sahaja. Jika tidak, ianya akan terbatal.

Sebagai pembeli, pastikan lokasi anda dan penjual berada dalam jarak yang tidak terlalu jauh untuk memastikan tempoh penghataran barang tersebut tidak melebihi tempoh 2 jam.

 

Faedah COD Menggunakan Shopee

  • Boleh masuk dalam tempat khas produk yang boleh COD
  • Discount oleh Shopee untuk pengguna yang baru nak guna fungsi COD
  • Tingkatkan jualan sebab sesetengan buyer suka bayar guna COD
  • Nikmati promosi 1% caj transaksi berbanding 2% yang menggunakan cara pembayaran lain

 

Soalan Lazim

 

S: Apakah yang akan berlaku jika pembeli enggan membayar pesanan Cash On Delivery (COD) semasa penghantaran?

 

J: Bungkusan akan dikembalikan kepada penjual tanpa kos dan Shopee akan memberi penalti kepada pembeli. Pembeli akan digantung daripada menggunakan Cash On Delivery (COD) jika mereka gagal membuat pembayaran semasa penghantaran untuk lebih daripada 2 pesanan dalam tempoh masa tertentu. Ini adalah untuk melindungi penjual daripada pembeli yang mencurigakan sambil mengekalkan kadar pulangan yang rendah.

 

S: Apakah yang akan berlaku jika pembeli membuat pesanan yang palsu / pesanan dihantar kepada pembeli palsu?

 

J: Bungkusan akan dipulangkan kepada penjual tanpa kos apabila penghantaran gagal dan penjual boleh melaporkan kejadian itu kepada Shopee. Shopee akan membekukan akaun pembeli jika pembeli didapati melakukan kelakuan penipuan yang berulang.

S: Sekiranya wang tunai yang diambil hilang/tersalah letak oleh kurier, bagaimanakah ini akan menjejaskan pendapatan saya?

 

J: Pendapatan penjual tidak akan terjejas. Escrow akan dikeluarkan kepada penjual apabila pembeli klik pada “pesanan diterima”.

 

S: Adakah terdapat sebarang caj tambahan untuk Cash On Delivery (COD)?

 

J: Tiada bayaran tambahan akan dikenakan untuk pesanan Cash On Delivery (COD). Sebaliknya, penjual akan menikmati pembayaran transaksi yang lebih rendah sebanyak 1% berbanding 2% melalui kaedah pembayaran lain bersama-sama dengan manfaat eksklusif COD yang lain.

 

S: Adakah terdapat had pembelian maksimum (RM) untuk Cash on Delivery (COD)?

 

J: Terdapat had pembelian maksimum RM250 bagi setiap pesanan, untuk pesanan yang dibuat melalui pilihan pembayaran Cash On Delivery (COD). Pembeli boleh membuat pembayaran dengan beberapa pesanan COD dari kedai yang berbeza dengan setiap pesanan tidak melebihi RM250

Semoga perkongsian cara bayar cod shopee ini memberikan manfaat kepada anda semua.

1 thought on “Cara Buat Bayar Secara COD Guna Shopee (Tutorial Mudah)”

Leave a Comment