RAYUAN POLITEKNIK 2022 (SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN)
Calon lepasan SPM / Setaraf yang telah mengemukakan permohonan E-Rayuan rayuan politeknik kemasukan ke Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/METrO bagi program pengajian sesi akademik 2021 /2022.
Keputusan dan pemilihan bagi calon berjaya dalam permohonan rayuan politeknik adalah berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu
Terdahulu, sistem aplikasi permohonan politeknik dibuka pada 16 Julai 2021 hingga 25 Julai 2021 kepada capaian pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran tempat Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/METrO
Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Lepasan SPM/ Setaraf 2021-2022
Calon yang terbabit atau telah membuat permohonan E-Rayuan boleh mendapatkan maklumat tarikh hebahan dan pautan sistem aplikasi semakan menerusi ruangan yang disertakan seperti berikut. Untuk makluman ekoran pendemik sekarang ini tarikh hebahan boleh berubah bila-bila masa tertakluk kepada keputusan kementerian.
Tarikh Semakan Status Permohonan e-Rayuan Politeknik
- Semakan Dibuka : akan dikemaskini
- Semakan Ditutup : –
Tarikh sistem semakan dibuka / ditutup masih tertakluk kepada perubahan atau pindaan
Sistem Aplikasi Semakan Rayuan Politeknik Secara Online (Utama)
Sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan / dibuka bermula pada tarikh dan masa hebahan seperti dinyatakan
- Sistem Aplikasi Semakan Saluran Utama Keputusan e-Rayuan UPU Online (Landing Page)
- Sistem Aplikasi Semakan Politeknik (Keputusan Dan Cetakan Tawaran)
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, pemohon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Sistem Aplikasi Semakan Secara Online Politeknik (Mengikut Zon)
Pemohon boleh membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran mengikut Zon semakan UPUonline seperti di bawah bagi keputusan status permohonan rayuan Politeknik Premier sahaja
- Saluran Selatan (https://jpt.utm.my/)
- Saluran Utara (http://jpt.uum.edu.my/)
- Saluran Sarawak (https://jpt.unimas.my)
- Saluran Sabah (http://jpt.ums.edu.my)
- Saluran Timur (http://jpt.umt.edu.my/upu/)
Baca Juga: CHECK COVERAGE UNIFI(SEMAK DULU SEBELUM LANGGAN)
Semakan Rayuan Politeknik Secara SMS
Bagi semakan rayuan politeknik ikuti langkah berikut mengikut pecahan politeknik seperti dibawah:
1.Politeknik Premier:
- Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888
2.Politeknik Konvensional / METrO:
- Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888
Pengesahan / Cetakan Surat Tawaran
Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang rayuan p0liteknik anda boleh hubungi:
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.
- Tel: 03-8888 3837
- Fax: 03-8888 2733
- Emel: [email protected]he.gov.my
- Facebook: edu / kolejkomunitihq
Artikel Lain : Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti 2022