CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP ONLINE(Guna Maybank2u)

CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP ONLINE(Guna Maybank2u)

CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP ONLINE

Dengan menggunakan Maybank2u anda dapat membuat bayaran i-Saraan KWSP dengan mudah, cara ini adalah alternatif lain daripada anda perlu beratur di kaunter pejabat KWSP.

Di musim pandemic ini pasti anda tidak mahu bersesak-sesak beratur di khalayak ramai. Kami akan membantu memberikan cara yang paling mudah untuk membuat bayaran i-Saraan KWSP.

Apa Itu i-Saraan KWSP

i-Saraan merupakan adalah insentif daripada KWSP untuk menggalakkan individu bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap, dan suri rumah untuk mencarum bagi jaminan hari tua mereka.

Menerusi i-Saraan ini, ahli akan mencarum mengikut kemampuan sendiri secara sukarela pada bila-bila masa sehingga jumlah maksimum caruman sukarela iaitu sebanyak RM60,000 setahun.

Oleh itu, mereka yang tergolong dalam kategori di atas dan berminat untuk membuat caruman boleh membuat pendaftaran i-Saraan di pejabat KWSP yang terdekat.

 

Cara Buat Bayaran Caruman i-Saraan KWSP Dengan Maybank2u

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

  1. Pastikan anda login menggunakan link yang betul. Semak terlebih dahulu agar anda tidak tersalah website yang palsu. Anda boleh klik pautan Maybank2u ini.
  2. Pada halaman utama, pilihh “Pay & Transfer”

CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP

  1. Seterusnya pada bahagian Pay > Pay To > Payee > New Payment dan piliha “EPF”

CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP

  1. Kemudian masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor KWSP, Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Jumlah yang ingin dibayar. Pada bahagian EPF Account Type, sila pilih “i-Saraan/i-Suri”.

m3

Jika sudah lengkap semuanya, klik “PAY” dan buat pembayaran seperti biasa. Selesai!

  1. Oh ye, jangan gelabah pula bila lepas bayar tu, awak check i-Akaun KWSP duit yang awak bayar tadi tak masuk lagi. Relax.. Caruman tu ambil masa 3 hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun KWSP. Selepas 3 hari, nanti check balik ye..

Manfaat Caruman i-Saraan KWSP

Bagi pencarum yang mencarum ke dalam KWSP melalui i-Saraan, mereka akan mendapat 2 manfaat iaitu:

  1. Manfaat Sumbangan Kerajaan
  • Kerajaan akan memberikan sumbangan sebanyak 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun kepada pencarum.

 

  1. Manfaat Daripada KWSP
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan serta masih boleh membuat pengeluaran.
  • Pelepasan cukai.

Semoga perkongsian cara bayaran i-Saraan Kwsp ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain: Cara Tukar No Hp KWSP

1 thought on “CARA BUAT BAYARAN i-SARAAN KWSP ONLINE(Guna Maybank2u)”

Leave a Comment