CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

cara buat chat folder

Sepanjang PDPR dijalankan, banyak group chat di dalam whatsapp dan telegram diwujudkan sebagai medium interaksi antara para guru dengan pelajar. Pelajar seringkali terlepas pandang kerana terlampau banyak groupchat yang wujud.

Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan ciri terbaru yang disediakan di platform tersebut. Telegram telah memperkenalkan Chat Folders. Hal ini dapat membantu pelajar mengasingkan group-group pembelajaran mereka.

Kami akan membantu anda untuk cara buat chat folder tersebut.

 

Apakah Itu Chat Folders

Dengan adanya chat folders ini segala chat, chat group dan channel boleh diasingkan mengikut kategori yang anda sediakan sendiri. Anda boleh asingkan mengikut chat kawan anda, group belajar, group kerja, perkongsian informasi, blog, filem, lagu dan macam-macam lagi.

Kewujudan chat folder ini secara tidak lansung dapat membantu pelajar lebih focus dan tidak terlepas pandang segala sesi pembelajaran.

 

Cara Buat Folder Di Telegram 

Telegram merupakan antara aplikasi media komunikasi yang boleh digunakan selain daripada Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Berikut adalah Langkah-langkah membuat chat folders.

Langkah 1  :  Anda pergi ke akaun Telegram anda dan klik 3-garisan di bahagian kiri atas

Langkah 2  :  Kemudian cari Setting

Langkah 3  :  Seterusnya anda scroll ke bawah dan cari Folders

Langkah 4  :  Jadi disini anda akan diberi arahan untuk sediakan Folders mengikut kategori yang anda tetapkan sendiri. Klik pada Add Chats dan pilih mana-mana chat (private, group, channel) untuk dihimpunkan di dalam folder yang anda tetapkan. Jika sudah selesai tekan Save

Langkah 5 :  Jika sudah selesai, kesemua folders mengikut ketetapan anda sendiri akan dipaparkan. Anda boleh edit kembali dengan klik pada nama folders tersebut

Langkah 6  :  Selesai! Anda boleh lihat kesemua folders yang anda buat, ianya akan terpapang di homepage Telegram anda

 

Cara Buat Folder Di Whatsapp 

Whatsapp adalah medium komunikasi yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kami akan kongsikan cara membuat folder untuk whatsapp yang ditulis oleh Izyan Alias.

  1. Mula-mula, tekan pada Group Whatsapp sampai keluar tanda
  2. Kemudian, tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas tu.
  3. Tekan Add Chat Shortcut.
  4. Akhir sekali, nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.
Siap!

Boleh rujuk gambar di bawah:

chat buat chat folder

Semoga dengan perkongsian cara buat chat folder ini dapat membantu para ibu bapa dan pelajar membuat pengasingan folder chat yang lebih sistematik.

 

Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online

 

 

 

 

1 thought on “CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)”

Leave a Comment