CARA DAFTAR EZMARKET by DHAUSE (REGISTER LOGIN mdecgrant.dhause.com)

CARA DAFTAR EZMARKET by DHAUSE (REGISTER LOGIN mdecgrant.dhause.com)

CARA DAFTAR EZMARKET by DHAUSE

Dengan mengunakan hashtag #jomjualonline, satu lagi insiatif kerajaan melalui kempen Go-eCommerce ONBOARDING ialah EzMarket by DHause. Ikuti kupasan kami tentang cara daftar EzMarket by DHause bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan online.

Baca juga bagaimana luaskan lagi perniagaan anda dengan InstaneStore, miliki web perniagaan sendiri.

APA ITU EZMARKET by DHAUSE

 

Untuk membantu SME dengan lebih baik dalam mengurangkan kos digitalisasi mereka, kerajaan menawarkan Geran BELANJAWAN2021 oleh MDEC untuk memulakan perjalanan digital serta mempercepatkan kadar perkembangan perniagaan anda. Kini, anda boleh memiliki laman web anda sendiri dengan menu produk yang lengkap dan memilih salah satu daripada pilihan pembayaran melalui EzMarket sebagai kaedah pembayaran. Secara mudahnya, anda akan mempunyai laman web perniagaan yang lengkap dengan cara pembayaran dibantu oleh EzMarket ini. Jom daftar!

 

CARA DAFTAR EZMARKET by DHAUSE

 

Berikut adalah cara untuk register website kedai andai melalui EzMarket :

 

  1. Layari laman web mdecgrant.dhause.com atau anda boleh terus klik pada pautan ini EzMarket by DHAUSE
  2. Terdapat dua pilihan samada anda ingin mendaftar sebagai syarikat atau individu. Jika syarikat anda perlu sediakan dokumen SSM untuk dimuat naik.
  3. Berikut pula butiran yang diperlukan :
  • Nama syarikat
  • Nombor Pendaftaran Syarikat (jika pendaftaran individu tidak perlu)
  • Tekan Choose File (muat naik SSM)
  • Orang Yang Dihubungi
  • Nombor Telefon
  • Emel
  • Negeri
  • Poskod
  • Pilih Sektor anda
  1. Jawab soalan berikut :

Perniagaan anda dimiliki oleh wanita?

Ya / Tidak

Saya lebih suka bertutur dalam

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

  1. Setelah selesai, tekan DAFTAR SEKARANG.
  2. Pihak EZMarket by DHAUSE akan hubungi anda untuk butiran lannjut dan pengesahan.
  3. Laman web kedai anda akan tersedia dalam masa tujuh hari.

 

SOALAN LAZIM

 

Siapakah yang layak memohon program EZMarket by DHAUSE?

  1. Daftar sebagai individu (IC diperlukan), atau
  2. Daftar sebagai syarikat (Perniagaan anda mesti didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia)

 

Apakah proses memohon EZMarket by DHAUSE?

  • Anda boleh mendaftar geran dan wakil EZMarket akan menghubungi anda untuk mengumpulkan maklumat serta semua keperluan untuk memulakan perniagaan online anda.
  • EZMarket by DHAUSE akan melakukan semua untuk anda dan melancarkan perniagaan online anda hanya dalam masa seminggu.

 

Apakah yang anda dapat setelah mendaftar EZMarket by DHAUSE?

  • Contoh kedai web anda

(YOURSTORE.ezmarket.com.my)

  • Maklumat yang mudah diakses : katagori produk, maklumat syarikat
  • Muat naik produk tanpa had
  • Persediaan kedai dalam masa 7 hari
  • Anda boleh memilih salah satu pilihan bayaran
  • Kecekapan tinggi dan penjimatan masa

 

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

 

Anda boleh hubungi talian DHAUSE di 082-567 113 atau emelkan ke [email protected].

Leave a Comment