SAPS GURU: CARA LOGIN/DAFTAR MATA PELAJARAN/ISI MARKAH/BUAT ULASAN
Sistem buku rekod kini amat berbeza dengan dahulu, penggunaan teknologi maklumat turut diaplikasikan dalam sistem merekod markah. Kepada guru yang ingin menggunakan sistem SAPS GURU, disini kami kongsikan bagaimana cara untuk Login, daftar mata pelajran, Isi Markah dan buat ulasan, semoga membantu.
APA ITU SAPSNKRA
SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. NKRA pula adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS Guru adalah sistem di mana para guru login dan key in markah exam setiap murid yang berada di bawah kelas mereka mengajar.
Melalui SAPS, ibu bapa kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak, sama ada pelajar sekolah rendah mahupun yang menengah secara atas talian (online)
Artikel Lain : Login SAPS Ibubapa
CARA LOGIN SAPSNKRA GURU
Bagi guru yang ingin login SAPS Guru, terdapat 2 cara untuk Login iaitu:
- Login Sendiri online
- Layari portal SAPSNKRA di pautan https://sapsnkra.moe.gov.my
- Tekan pada Daftar ID Guru
- Masukkan maklumat pada ruangan yang tertera seperti:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nama pengguna – ID
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Setelah selesai, tekan Daftar
- Anda telah berjaya akses ke SAPS
- Login Dengan Bantuan SUP
- Layari portal SAPSNKRA di pautan https://sapsnkra.moe.gov.my
- SUP perlu menekan butung Guru
- Pada sub menu seterusnya pilih Tambah Guru
- Masukkan maklumat pada ruangan yang tertera seperti:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nama Penuh Guru Mata Pelajaran
- Jantina guru
- Setelah selesai klik pada Simpan
CARA DAFTAR MATA PELAJARAN
Setelah berjaya Login SAPS GURU, anda boleh mendaftar Mata Pelajaran seperti berikut:
- Pada paparan utama, pilih pada MENU GURU MP
- Seterusnya klik pada DAFTAR MP
- Laman seterusnya,
- Pilih tingkatan atau darjah untuk subjek itu
- Pada ruangan Kelas – pilih kelas untuk pelajaran tersebut
- Pada ruangan Mata Pelajaran/Kod Lembaga – masukkan mata pelajran beserta kod
- Pada ruangan Bil Murid Ambil – masukkan jumlah murid yang mengambilmata pelajran tersebut
- Setelah selesai, tekan Hantar
CARA ISI MARKAH UJIAN/PEPERIKSAAN
Bagi guru Mata Pelajaran yang ingin mengisi markah ujian atau peperiksaan murid, berikut adalah caranya:
- Login akaun SAPS GURU – masukkan Id pengguna dan Password, tekan Login
- Pada paparan utama tekan Menu Guru MP
- Seterusnya pilih pada Markah Peperiksaan
- Pilih Mata Pelajaran yang diajar
- Laman seterusnya, isikan Markah Ujian atau Peperiksaan setiap murid
- Setelah selesai klik pada Simpan Rekod
CARA ULASAN GURU KELAS
Kepada guru kelas seharusnya membuat ulasan terhadap murid mengenai prestasi berdasarkan markah ujian atau peperiksaan. Berikut adalah merupakan cara membuat ulasan:
- Login akaun SAPS GURU – masukkan Id pengguna dan Password, tekan Login
- Pada paparan utama, pilih Menu Guru Kelas > Analisis Peperiksaan
- Seterusnya klik pada Slip keputusan
- Paparan akan menunjukkan jadual mengandungi nama murid beserta data lain.
- Untuk setiap pelajar, klik pada ikon Ulasan
- Pada bahagian Kedatangan – masukkan jumlah kehadiran bagi setiap pelajar untuk tempoh setahun
- Pada bahagian Ulasan – masukkan ulasan berkenaan pelajar tersebut
- Setelah selesai semuanya, tekan Hantar
SOALAN LAZIM
Apakah tindakan sekiranya terlupa kata laluan SAPS GURU?
Mohon SUP sekolah anda untuk RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.
Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.
Apakah cara untuk Login SAPS GURU sekiranya Belum Mempunyai ID SAPS?
Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) anda untuk mendaftarkan anda dalam senarai pengguna sekolah anda.
Kemudian, anda perlu mendaftar ID dan kata laluan terlebih dahulu. Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my.
Sekiranya terdapat masalah tidak boleh menggunakan saps. komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA“, bagaimana caranya?
Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login, sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai meja SAPS PPD /JPN.