CARA DAFTAR SHOPLINE (REGISTER LOGIN shoplineapp.com)
Mesti ramai sudah biasa dengan kedai online sekarang ni kan?. Haa, ini adalah platform terbaharu yang patut dicuba bagi seorang peniaga yang ingin kembangkan lagi perniagaan mereka iaitu SHOPLINE. Jom kami kongsikan cara daftar SHOPLINE di shoplineapp.com.
APA ITU SHOPLINE
SHOPLINE ni telah wujud sejak 2013 lagi. Pada 2017, SHOPLINE menjadi platrom e-dagang pertama yang bekerjasama dengan Google di China dan meluaskan pasaran sehingga dapat membantu lebih 250,000 peniaga membuka kedai online. Secara ringkasnya, jika anda register SHOPLINE, kedai anda akan seperti satu laman web untuk membeli belah. Bayangkan. Selain itu peniaga dapat menjimatkan masa dan duit untuk marketing sebab SHOPLINE akan beri tunjuk ajar kepada anda!
Apa tunggu lagi, berikut adalah cara daftar SHOPLINE. Semoga dapat membantu meluaskan perniagaan anda.
CARA DAFTAR SHOPLINE shoplineapp.com
Register akaun dalam masa 3 minit sahaja. Apa yang perlu anda buat adalah ikut je panduan yang diberikan seperti dibawah dan lengkapkan maklumat kedai anda secara ringkas.
- Layari laman web SHOPLINE
- Pada paparan portal, masukkan email anda dan tekan butang Start Trial.
- Kemudian, anda dikehendaki untuk masukkan email, kata laluan dan nama kedai anda.
- Setelah selesai tekan SIGN UP.
- Sahkan email dan Login ke akaun anda.
- Seterusnya, sila tetapkan matawang yang digunakan dikedai anda. Setelah itu, tekan butang Confirm and Continue. Perlu diingatkan, matawang yang dipilih tidak boleh ditukar.
- Pilih penggunaan Bahasa di kedai anda. Hanya 2 bahasa yang boleh dipilih dan tekan Confirm and Continue
- Langkah berikutnya, pilih jenis kedai anda dan tekan Confirm and Continue.
- Lenkapkan pula pada Delivery Options. Pilih jenis penghantaran anda.
- Pergi ke setting, kilk pada Delivery Options dan tekan butang Add.
- Letakkan jenis penghantaran anda sama ada, Pickup, Delivery atau Custom
- Di bahagian setting juga, lengkapkan pula Payment Option. Masukkan maklumat seperti diminta.
- Klik Add dan masukkan jenis bayaran yang anda terima.
- Kemudian anda sudah boleh masukkan produk jualan anda.
- Setelah masukkan maklumat barangan jualan, lengkapkan pada bahagian Domain Setting. Biasanya anda boleh letakkan nama glamor kedai anda untuk memudahkan pelanggan mencari.
- Akhir sekali, pilih Shop Design kedai anda.
- Jika semua sudah sedia, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda.
Kami juga syorkan kepada anda membuat daftar akaun J&T bagi memudahkan proses penghantaran.
SOALAN LAZIM
Berapa lama tempoh percubaan SHOPLINE? Adakah saya perlu bayar?
SHOPLINE menawarkan percubaan percuma 14 hari. Isi sahaja alamat e-mel dan nama kedai anda untuk percubaan. Maklumat bil tidak diperlukan. Sepanjang tempoh percubaan, anda akan dapat menikmati semua ciri di platform SHOPLINE.
Bolehkah saya menukar nama kedai di SHOPLINE?
Ya, anda boleh menukar nama kedai, logo, atau admin kedai anda.
Bagaimanakah paparan atau theme SHOPLINE?
Secara ringkas, SHOPLINE hanya akan memaparkan produk kedai anda di website kedai dengan mengikut tema yang telah anda tetapkan. Seakan anda menguruskan dan memiliki sebagai official website anda.
UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, adukan ke emel [email protected] atau menekan butang mesej pada laman web rasmi SHOPLINE