Pasti ada yang perasan di mana baru-baru ini, kita boleh boleh bayar saman melalui MYEG. Rupa-rupanya, pihak PDRM melancarkan perkhidmatan digital terbaru mereka iaitu melalui portal mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi MyBayar Saman.
Bagaimana cara nak bayar saman melalui MyBayar Saman? Disini kami kongsikan cara daftar, login dan bayar saman, semoga membantu.
APA ITU MYBAYAR SAMAN
MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada.
Pelaksanaan MyBayar Saman ini adalah selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Baca juga :MyPUSPAKOM LOGIN:CARA REGISTER,TEMUJANJI PEMERIKSAAN & SEMAKAN REKOD SERVIS(mypuspakom.com.my)
MUAT TURUN APLIKASI MYBAYAR SAMAN
Anda juga boleh muat turun(download) aplikasi MyBayar Saman pada pautan di bawah:
- Bagi pennguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm&hl=en&gl=US
- Bagi pengguna IOS: apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
CARA DAFTAR MyBAYAR SAMAN
Sekiranya anda ingin membayar saman menggunakan MyBayar Saman, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar:
- Layari pautan : MyBayar Saman
- Isikan butiran yang dperlukani seperti berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Penuh
- Nombor Telefon Bimbit
- Tekan butang SETERUSNYA
- Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda.i
- Masukkan Kata Laluan yang anda inginkan, sahkan Kata Laluan tadi
- Klik submit.
- Sekiranya pendaftaran anda berjaya akan dimaklumkan di email anda
CARA LOGIN MyBAYAR SAMAN
Selepas anda terima email pendaftaran berjaya, anda boleh Login MyBayar Saman. Berikut adalah cara Login:
- Layari pautan MyBayar Saman: mybayar.rmp.gov.my/en
- Masukkan User Id (Nombor Kad Pengenalan)
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan butang LOG MASUK
- Anda telah berjaya login akaun MyBayar Saman anda
CARA BAYAR SAMAN MENGGUNAKAN MYBAYAR SAMAN
Untuk pembayar saman, pastikan anda login MyBayar Saman terlebih dahulu. Berikut adalah cara bayar saman mengguna Portal dan Aplikasi:
Pembayaran Melalui Portal:
- Layari laman web mybayar.rmp.gov.my/.
- Login akaun anda
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih kaedah pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran anda selesai.
Pembayaran Melalui Aplikasi
- Buka aplikasi MyBayar Saman.
- Login akaun anda
- Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama, butiran dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih kaedah pembayaran anda inginkan.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan. Anda boleh semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
SOALAN LAZIM
Bolehkah membuat pembayaran saman polis trafik untuk company?
Pembayaran saman trafik di mybayar.rmp.gov.my adalah untuk kenderaan persendirian sahaja. Ini kerana anda hanya boleh memasukkan nombor Kad Pengenalan sahaja. Buat masa ini, tiada ada ruang untuk memasukkan nombor pendaftaran syarikat bagi membolehkan bayar saman bagi pihak syarikat secara online.
Bolehkah saya membayar menggunakan FPX?
Ya, anda boleh menggunakan FPX sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet yang aktif dengan mana-mana bank menyertai FPX. Tiada pendaftaran diperlukan apabila menggunakan FPX.
Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan MyBayar Saman?
Semua rakyat Malaysia dan perlu mendaftar dengan Portal MyBayar Saman terlebih dahulu.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Tuan/Puan
Saya mahu check Company B.I.G. Industrial Gas Sdn Bhd PDRM Summons. Bagimana cara nya tolong saya.