CARA ISI HRMIS ( Deskripsi Tugas / Isytihar Harta /SKU & LNPT)

CARA ISI HRMIS ( Deskripsi Tugas / Isytihar Harta /SKT & LNPT)

cara isi hrmis

Semua penjawat awam sudah terbiasa dengan HRMIS, namun begitu masih ramai terkeliru cara isi HRMIS. Pelbagai maklumat dan butiran yang perlu dikemaskini menyebabkan kita sering terlupa dan susah mengisi.

Kami akan berkongsi cara isi HRMIS yang mudah dan berkesan, anda hanya perlu mengikuti panduan yang telah kami sediakan.

 

Panduan Mengisi Deskripsi Tugas (JD)

Berikut adalah Langkah-langkah cara isi Hrmis berkenaan Deskripsi Tugas:

  1. Klik pada pautan : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  2. Log masuk
  3. Klik pada menu DATA PERJAWATAN- DESKRIPSI TUGAS

cara isi hrmis

  1. Klik pada FUNGSI- SELENGGARA KOMPONEN DESKRIPSI TUGAS

cara isi hrmis

  1. Klik pada NAMA
  2. Pada menu MAKLUMAT UMUM, masukan maklumat yang diperlukan seperti dalam bulatan. Kemudian, klik SIMPAN.
  3. Pada menu TUJUAN PEWUJUDAN JAWATN, Copy/Paste dari manula yang disediakan. Sekiranya KATA KERJA tidak terdpaat dalam senarai, pilih LAIN-LAIN dan taipkan KATA KERJA.

jd3

  1. Pada menu AKAUNTABILITI, Klik pada GRED JAWATN TERKINI, Kemudian klik butang TAMBAH.

jd5

  1. Masih lagi dalam menu AKAUNTABILITI, Copy Paste maklumat dari manua. Klik butang simpan.
  2. Klik butang TAMBAH mengikut bilangan TUGAS UTAMA (rujuk manual). Kalau ada 5, klik butang TAMBAH, 5 kali haa gituh..
  3. Lepas tu copy/paste la tugas satu persatu dari manual masuk ke kotak-kota tu
  4. Untuk gred DG44, ada 8 AKAUN AKAUNTABILITI. Ini bermaksud anda perlu ulang kaedah yang sama sebanyak 8 kali. Tekan butang TAMBAH untuk menambah akauntabiliti. Kemudian masukan TUGAS UTAMA bagi setiap akauntabiliti tersebut.
  5. Untuk menu DIMENSI. Klik butang TAMBAH untuk menambah ruang DIMENSI. Copy/Paste Diemensi dari manual. Terdapat lima aksaea disni, delete perkataan yang tidak perlu. Kemudian masukan SKOP. Rujuk manual apa maklumat yang diperlukan untuk setiap SKOP. Setelah selesai klik butang SIMPAN.
  6. Pada menu KELAYAKAN AKADEMIK, isikan maklumat akademik yang diperlukan (rujuk manual_ setelah selesai, klik butang SIMPAN.
  7. Untuk menu KOMPETENSI. Copy/paste kompetensi yang telah disenaraikan dalam manual mengikut gred masing-masing. Tambah kotak mengikut bilangan yang diperlukan. Kemudian, klik SIMPAN.
  8. Untuk menu PENGALAMAN, copy/paste dari manual yang diberikan. Taipkan tempoh pengalaman mengajar. Klik butang SIMPAN.

NOTA: Gunakan fungsi SALIN untuk menyalin semua akauntabiliti JD ni ke gred-gred lain.

Artikel Lain : Cara Log In HRMIS

 

Panduan Mengisi Pengisytiharan Harta

Berikut merupakan cara isi hrmis berkenaan Pengisytiharan  Harta :

  1. Layari pautan HRMIS. Masukan ID PENGGUNA (nombor kad pengenalan) dan KATA LALUAN anda untuk log masuk.
  2. Di bawah PENGURUSAN REKOD PERIBADI, klik pada PENGISYTIHARAN HARTA.
  3. Disebelah kri anda, klik FUNGSI dan pilih KEMASKINI MAKLUMAT HARTA.
  4. Klik TAMBAH untuk mengisi maklumat harta.
  5. Pilih jenis harta anda dan mengisi semua maklumat berkenaan tentang harta.
  6. Ulangi Langkah 4 dan 5 untuk semua harta anda.
  7. Jangan lupa kemaskini pendapatan bulana anda. Klik MAKLUMAT PENDAPATAN BULANAN di sebelah kiri di bawah tab FUNGSI dan mengisi semua maklumat yang berkenaan.
  8. Setelah selesai isi, klik HANTAR PENGISYTIHARAN HARTA untuk proses hantar boring anda itu. Pastikan anda telah menyemak semua butiran sebelum klik HANTAR.

 

Panduan Cara Isi SKU MyPerformance HRMIS

 Bagi yang masih baru dengan pengisian online ini pasti tertanya bangaimana ingin measukkan data aktiviti dan membuat SKU. Berikut ialah langkah-langkah untuk mengisi SKU dalam MyPERFORMANCE:

  • Perkara utama perlu ke  http://www.eghrmis.gov.my/
  • Sebaiknya gunakan Internet Explorer
  • Login menggunakan maklumat login dan password yang dibekalkan pentadbir .
  • Di laman utama HRMIS, klik pada MyPerformance
  • Anda akan berada pada laman Dashboard PYD
  • Kemudian pada bahagian  Sasara Kerja Utama, klik pada Status Penilaian > (Link Bewarna: Merah / Kuning / Hijau)
  • Sekiranya bewarna merah anda dikehendaki untuk menghantar SKU yang telah dimasukkan oleh pentadbir kepada PP. pastikan anda semak terlebih dahulu SKU tersebut bersesuaian dengan bidang kerja anda
  • Sekiranya bewarna kuning, anda dikehendaki mengisi pencapaian pada tempoh yang akan ditetapkan oleh pentadbir
  • Sekiranya bewarna hijau, status penilaian anda telah selesai dinilai oleh PP

 

Panduan Cara Isi LNPT HRMIS

Berikut adalah Langkah mengisi LNPT di HRMIS:

  1. Klik pada pautan HRMIS
  2. Login menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN
  3. Pada bahagian menu pergi ke FUNGSI >> Penilaian Prestasi >> Pegawai Yang dinilai
  4. Klik pada tahun semasa
  5. Klik pada bahagian II untuk mengisi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
  6. Untuk bahagian dua ni pecah pula kepada dua bahagian yang korang perlu isi iaitu “Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi” dan “Latihan“.
    • Pada bahagian kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi korang isi je apa-apa aktiviti yang korang lakukan walaupun sekecil-kecil aktiviti.Contohnya jika korang aktif mendaki bukit bersama dengan kumpulan-kumpulan tertentu, tulis je sini. Kalau korang suka aktiviti berbasikal berkumpulan, tulis juga di sini. Tapi pastikan korang aktif atau pernah join. Bahagian ni cuma nak tahu samaada korang ni aktif ke tak aktif selain dari bidang kerja hakiki.
    • Pada bahagian latihan pula, isi je apa latihan yang korang nak walaupun tak terlibat langsung dengan pekerjaan atau bidang korang sekarang ni. Sebagai contoh korang kerja dalam bidang Penolong Pegawai Perubatan dan latihan yang korang nak tu kemahiran memasak. Tak ada masalah.
  7. Lepas siap isi semua, scroll ke bawah sikit dan korang akan lihat butang klik hantar. Klik je pada butang tu untuk dihantar kepada penilai.
  8. Jadi, lengkaplah borang SKT dan LNPT korang untuk dinilai setiap tahun. Mudah je sebenarnya cara nak isi SKT dan LNPT ni kalau dah biasa.

1 thought on “CARA ISI HRMIS ( Deskripsi Tugas / Isytihar Harta /SKU & LNPT)”

Leave a Comment