CARA KECILKAN SAIZ GAMBAR(JPEG/PNG/PDF)

CARA KECILKAN SAIZ GAMBAR(JPEG/PNG/PDF)

cara kecilkan saiz gambar

Kesukaran memuat naik gambar terutamanya ketika mengisi borang secara atas talian sering menjadi isu besar kepada setiap pengguna. Seringkali gambar yang dimuatnaik bersaiz besar dan melebihi KB/MB yang telah ditetapkan. Keadaan ini memberikan kesukaran dan keresahan kepada pengguna terutamanya kepada  pemohon kerja diatas talian.

Kini anda tidak lagi perlu khuatir, kami akan memberikan penyelesaian kepada permasalahan anda tersebut. Kami sedar bukan sahaja borang permohonan kerja yang memerlukan saiz gambar yang kecil, para mahasiswa dan pelajar juga seringkali memerlukan gambar saiz yang kecil untuk menjimatkan ruang. Anda boleh gunakan perkongsian kami ini berkenaan cara kecilkan saiz gambar.

 Cara kecilkan saiz gambar JPEG

Fail JPEG adalah jenis fail gambar yang umumnya digunakan untuk keperluan website karena ukurannya yang cenderung lebih kecil jika dibandingkan dengan jenis fail yang lain. Walaupun fail JPEG dinilai memiliki ukuran yang lebih kecil dibandingkan dengan jenis fail yang lain, namun begitu ukuran fail JPEG ini dinilai masih terlalu besar. Hal ini kerana media sosial, website, atau pun pihak syarikat menetapkani ukuran fail JPEG yang boleh dimuatnaik.

Cara mengecilkan ukuran fail JPEG sendiri sebenarnya tidak susah. Anda boleh menggunakan cara mengecilkan fail JPEG secara offline. Untuk mempermudah Anda, berikut akan kami sajikan bagaimana caranya :

 

Paint

Cara mengecilkan ukuran fail JPEG dengan Paint cukup praktikal kerana anda tidak perlu menginstal software lain. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Pada Paint, buka fail JPEG dengan membuka menu File, lalu klik menu “Open”.
  2. Temukan dan pilih fail JPEG yang ingin Anda ubah ukurannya, lalu klik tombol “Open”.
  3. Pada tab Home dari toolbar Paint, klik tombol “Resize”.
  4. Paint memberikan pilihan untuk mengubah ukuran berdasarkan atau pixel.
  5. Pilih percentage yang Anda inginkan, atau dimensi yang diinginkan, lalu klik tombol “OK”.
  6. Foto selesai dikecilkan ukurannya.

Cara kecilkan saiz gambar PNG

PNG adalah Portable Network Graphics. Format PNG ini diperkenalkan untuk menggantikan format GIF. PNG mempunyai faktor mampatan yang lebih baik berbanding dengan GIF (kurang lebih 5% -25% lebih baik berbanding format GIF). Tetapi ada satu kemudahan dari GIF yang tidak terdapat pada PNG format iaitu sokongan terhadap simpanan multi format untuk keperluan animasi. Untuk keperluan pemprosesan imej, walaupun format PNG boleh dijadikan alternatif untuk proses pemprosesan grafik namun format JPEG masih menjadi pilihan yang lebih baik.

File PNG sesuai digunakan untuk:

  • Gambar yang mempunyai warna banyak
  • Gambar yang mahu disunting semula tanpa menurunkan kualiti.

File PNG tidak sesuai digunakan untuk:

  • Gambar yang jika dikompress dengan JPG hampir-hampir tidak kelihatan penurunan kualitinya (contoh: pemandangan)
  • Untuk mengecilkan saiz gambar format PNG, kita boleh menggunakan salah satu daripada aplikasi atas talian (online) iaitu TinyPNG.

Hanya 3 langkah mudah untuk mengecilkan saiz gambar PNG :

 

  1. Pergi ke TinyPNG

 

  1. Klik ikon tersebut dan pilih gambar format PNG atau JPG yang anda ingin kecilkan saiznya.

 

  1. Klik ‘download’ untuk mendapatkan gambar anda dengan saiz baru setelah dikompres. Cari imej tersebut dalam fail ‘Downloads’ di komputer anda. Selesai.

 

Cara kecilkan saiz gambar PDF

Portable file document alias PDF merupakan format dokumen yang sering digunakan untuk pelbagai urusan. Dengan mengirimkan dokumen dengan format ini, dokumen tersebut lebih tersusun dan rapi. Namun begitu, kadang kala ada dokumen PDF yang ukurannya besar sehingga memerlukan masa yang lama untuk dimuat naik.

FreePDFConvert adalah laman web yang sangat user friendly karena memiliki paparan yang sederhana dan juga ringan. Keunggulan lainnya adalah Anda dapat mengecilkan PDF yang berasal dari aplikasi penyimpanan dokumen online seperti Google Drive ataupun Dropbox. Berikut ini cara menggunakan FreePDFConvert dengan mudah:

  1. Buka laman freepdfconvert.com.
  2. Kemudian klik opsi “Choose File” untuk memilih dokumen yang ada di computer. Namun, jika ingin mengecilkan ukuran PDF dari Google Drive atau Dropbox, Anda boleh klik ikon dari kedua aplikasi tersebut yang ada di bawah pilihan”Choose File”.
  3. Setelah itu, pilih menu “Compress”, dan akan muncul tiga jenis Compress. Pilih yang sesuai dengan keperluan anda.
  4. Seterusnya klik “Compress PDF”. Tunggu sehingga proses Compress selesai dan klik “Download” untuk menyimpan PDF tersebut.

Semoga dengan perkongsian cara kecilkan saiz gambar ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah gambat bersaiz besar. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkongsian kami yang lain.

 

Artikel Lain: Cara Tukar PDF kepada Word

Leave a Comment