Cara Daftar PLC Dalam SPLKPM(Contoh Rekod PLC Guna Modul Invididu)
Aktiviti PLC yang dijalankan oleh para guru hendaklah direkodkan di dalam SPLKPM. Langkah itu adalah untuk proses dokumentasi segala butir aktiviti yang telah para guru laksanakan.
Pelbagai aktivit PLC yang dijalankan seperti perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan proses pengajaran ini.
Setelah selesai melakukan perkongsian tersebut, para guru bolehlah merekodkan butiran aktiviti di SPLKPM. kami akan berkongsi cara daftar PLC dalam SPLKPM dengan mudah.
Apa itu Profesioanal Learning Community (PLC)?
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.
Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara keseluruhannya.
CARA DAFTAR PLC(Langkah-langkah Merekod PLC Dalam SPLKPM)
Setiap aktiviti PLC mempunyai ketua kumpulan. Beliau ditugaskan untuk mendaftarkan aktiviti tersebut di dalam SPLKPM. Berikut adalah Langkah-langkah tersebut:
- Login ke https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/. Klik Modul Individu SPLKPM.
- Klik MENU dan pilih Aktiviti Lain PBB. Seterusnya klik Senarai PLC.
- Klik TAMBAH AKTIVITI PLC.
- Isikan maklumat seperti di bawah. No. Surat Rujukan boleh rujuk kepada SU SPLKPM sekolah masing-masing. Klik SIMPAN.
- Kemudian, klik AHLI sebelah menu MAKLUMAT. Masukkan No. Kad Pengenalan Ahli, pilih Status Ahli seperti mentor, fasilitator atau ahli dan klik tambah.
- Kemudian, kembali ke menu MAKLUMAT. Klik status TELAH SELESAI dan klik SIMPAN
- PLC anda telah direkodkan. Kini tinggal tugas SU SPLKPM untuk mengesahkan PLC anda. Tahniah!
- Anda boleh menonton cara pengisian disini : https://www.youtube.com/watch?v=uhfrA5UmF4M
Lupa Kata Laluan Login SPLKPM
Sekiranya anda terlupa kata laluan untuk log masuk, terdapat dua kaedah untuk dibuat dan pengguna boleh memilih salah satu daripada cara berikut:
- Kaedah Pertama: Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM
- Kaedah Kedua: Pengguna boleh klik ‘Lupa Kata Laluan’ dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya
Aktivit PLC dalah menjadi tanggungjawab semua warga pendidik dan menjadikan amalan PLC dalam PdPc mereka serta mengambil peluang melibatkan diri dalam pembelajaran mereka sendiri bagi mengalakkan rasa kesepunyaan nilai dalam membangunkan murid-murid yang holistik serta bersedia berkongsi idea bersama secara formal atau tidak formal dalam menjana “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi”. Semoga perkongsian cara daftar PLC dalam SPLKPM ini dapat membantu anda.
Artikel Lain: Cara Login SPLKPM