CARA SETTING YOUTUBE ANAK (Block Video Yang Tak Sepatutnya)

CARA SETTING YOUTUBE ANAK (Block Video Yang Tak Sepatutnya)

CARA SETTING YOUTUBE ANAK

Kanak-kanak kini terdedah dengan penggunaan peranti. Sejak kecil lagi anak-anak dibiasakan dengan menonton kartun di youtube. Apabila meningkat usia, sifat ingin tahu dan ikuiri anak-anak semakin berkembang. Ibu-bapa perlu mengawasi dan emmantau sekiranya anak-anak ini cuba menonton sesuatu yang tidak senonoh di youtube.

Bagi mengelakkan anak-anak daripada menonton video yang tidak bermoral sebegini, ibu bapa perlu aplikasikan cara setting block Youtube pada gajet-gajet  anak yang digunakan sama ada di komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’.

Berikut merupakan cara setting youtube pada gajet anak anda dengan mudah dan berkesan.

 

Cara Setting Youtube Restricted Mode Untuk Gajet Anak

  1. Mula-mula buka aplikasi YouTube dulu.
  2. Kemudian pergi ke bahagian Accountkita (ada satu simbol di bahagian kanan atas)
  3. Tekan butang Settings
  4. Lepas tu pilih menu General
  5. Akhir sekali on kan butang Restricted Mode 

 

Rujuk panduan bergambar kat bawah ni:

LANGKAH PERTAMA

Buka Youtube dan tekan butang atas kanan tu.

aa

 

LANGKAH KEDUA

Pada bahagian Account, tekan butang Setting macam yang dibulatkan di bawah tu.

CARA SETTING YOUTUBE ANAK

 

LANGKAH KETIGA

Nanti keluar paparan macam ni.

Tekan butang General.

CARA SETTING YOUTUBE ANAK

LANGKAH KEEMPAT

Anda akan jumpa butang Restricted Mode macam kat bawah ni.

Ok pastikan butang tu dihidupkan.

Nanti ia akan buat tapisan konten yang selamat untuk kanak-kanak.

CARA SETTING YOUTUBE ANAK

 

Artikel Lain : Cara Reset Password Maybank

Cara Setting BLOCK Youtube Restricted Mode Untuk Gajet Anak

 KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET

Langkah 1 : Buka laman Google Chrome menggunakan ‘browser’ Chrome.

Langkah 2 : Cari ‘video blocker’ dan klik pada pilihan pertama dalam senarai.

Langkah 3 : Klik ‘Add to chrome’ dan aplikasi ini akan dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.

Langkah 4 : Pergi ke laman Youtube dan cari sebarang kata kunci video yang ingin di ‘block’. Apabila telah keluar senarai video tersebut, klik kanan pada tajuk video dan klik ‘Block videos from this channel’

 Dengan ini, semua video yang dimuatnaik oleh ‘channel’ tersebut akan di‘block’ secara automatik. Anda perlu lakukan langkah ini satu persatu bagi video-video daripada ‘channel’ yang lain pula.

Apabila anda klik pada simbol ‘Video blocker’, akan muncul senarai ‘channel’ yang telah di‘block’ sebentar tadi. Tetapi apabila anda mencari kata kunci lain, masih banyak lagi video yang belum di‘block’ daripada ‘channel’ lain.

Langkah 5 : Klik simbol ‘Video Blocker’ di bahagian atas kanan.

Langkah 6 : Klik ‘Add’. Masukkan nama ‘channel’ ke dalam ruang yang disediakan dan klik simbol ‘+’. (Nama ‘channel’ terdapat di bahagian bawah video – Contoh : ‘Superhero Fun Factory’)

Anda boleh menonton kandungan yang bermanfaat di sini

Semoga perkongsian cara setting youtube di gajet anak anda ini memberikan manfaat kepada semua.

Leave a Comment