CONTOH COVER LETTER INTERNSHIP & KERJA(Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu)

CONTOH COVER LETTER INTERNSHIP & KERJA:FORMAT TERBAIK & TERKINI(Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu)

contoh cover letter

Apakah contoh cover letter terbaik internship dan juga permohonan kerja? Jika anda mencari sampel, boleh sahaja rujuk contoh cover letter internship & juga kerja di bawah ini. Semuanya lengkap dalam Bahasa Melayu & bahasa inggeris sbagai panduan kepada anda.

Disini dikongsikan artikel berkaitan cover letter kerja & internship yang akan dibahagikan mengikut bahasa. Pertama dikongsikan terlebih dahulu contoh cover latter internship & kerja Bahasa Melayu kemudian kita teruskan dengan Bahasa Inggeris.

 

Kenapa Contoh Cover Letter Penting?

Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan.

Ramai yang tidak tahu, sebagai orang yang baru sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik. Ini akan dapat membuka mata bakal majikan.

Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti Jobstreet.com, Indeed.com dan lain-lain lagi. Namun, jika cover letter tidak begitu menonjol, bagaimana pula?

Apakah yang membezakan adalah penulisan cover letter dan resume anda?

Di sini kami akan dikongsikan tips untuk menghasilkan cover letter yang bagus dan beberapa contoh untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Untuk rujukan contoh kertas kerja pula anda boleh semak contoh kertas kerja di SINI

Apa Itu Cover Latter?

Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja (cover letter) dan resume.

Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk sesi temuduga.

Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.

Cover letter adalah bagaimana cara anda memasarkan diri anda kepada bakal majikan anda selain dapat melobi diri anda, menceritakan kelebihan anda, pengalaman serta kelayakan yang anda miliki untuk menarik perhatian bakal majikan.

Dan melalui cover letter juga, bakal majikan anda dapat melihat personaliti anda, dapat menilai serta mempertimbangkan anda kepada pengurusan tertinggi samada anda layak atau tidak untuk bekerja disitu.

Tidak kisah samada cover letter anda dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, untuk membuat sesuatu permohonan, budi bahasa adalah sangat penting dan itu akan melambangkan siapa diri anda sebenarnya.

Bagi IbuBapa yang bekerja sendiri anda biasanya perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan untuk melakukan sesuatu permohonan yang berkait dengan gaji.

Bagi guru-guru atau admin sekolah yang mencari contoh surat kebenaran IbuBapa untuk melakukan akiviti kokurikulum sekolah anda boleh semak di: Contoh surat kebenaran Ibu Bapa

Kandungan Cover Latter

Menurut Universiti Monash, kandungan cover letter mestilah mencerminkan kemahiran komunikasi bertulis, tahap kepentingan dalam kedudukan, pengetahuan anda tentang syarikat itu dan kaitan kemahiran dengan syarikat.

 

Contoh Cover Letter Terbaik

Pastikan itu cover letter selaras dengan butir-butir yang terkandung dalam resume anda dan disampaikan dalam beberapa perenggan dengan struktur yang baik.

Kandungannya termasuk:

  • Alamat dan butiran diri anda, termasuk alamat penerima
  • Tarikh hari ini
  • Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan
  • Tujuan surat itu, termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
  • Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ada
  • Tunjukkan yang anda bersungguh-sungguh ambil tahu tentang syarikat itu

Jangan buat perkara ini:

  • Jangan hanya buat ringkas kemahiran anda tanpa bukti sokongan kemahiran
  • Ayat yang diambil secara langsung dari laman web syarikat itu

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu  *1

Ini ialah contoh cover letter terbaik yang anda boleh gunakan. Walaupun kami cuma letak kerani, anda boleh ubah kepada apa-apa jawatan yang lain.

 

Muhammad  bin Said

No 7, Jalan Melati , 40300, Shah Alam, Selangor

[email protected]

012 3458444

 

25 November 2020

 

Kepada:

 

Pengurus Sumber Manusia,

Majlis Perbandaran Subang Jaya

 

Tuan,

 

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI

 

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak Tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 10 November 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan Tuan.

Untuk makluman Tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontaktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.

Saya telah mengikuti perkembangan institusi Tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

————————————

Yang benar,

( Tandatangan anda )

 

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu  *2

Maimunah Binti Muhammad

No 73, Jalan Rajawali 5,

51300 Kemaman, Terengganu

[email protected]

012 444 0000

 

27 November 2019

 

Kepada:

 

Pengurus Sumber Manusia,

 

Laju Palm Oil Sdn. Bhd.

 

Tuan,

 

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN

 

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.

Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar.

Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang benar,

—————————————

(Nama dan Tandatangan)

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu  *3

Pengarah, Sumber Manusia

Jabatan Kesihatan Daerah

Daerah Kuala Nerang

06300, Kuala Nerang,Kedah

 

2 Ogos 2018

 

Tuan/Puan,

 

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

 

Perkara di atas dirujuk.

 

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

 

Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.

Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Disini turut dilampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

 

Keprihatinan Tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar.

 

……………………………..

<NAMA PEMOHON>

 

Format Cover Letter

Cover letter tidak didatangkan dalam format tertentu atau format mandatori yang harus anda ikuti.

  • Jika anda seorang fresh graduate, cukup dengan menerangkan siapa diri anda dan dari institusi mana ada menamatkan pengajian
  • Jika ada pengalaman, ianya memberikan sedikit kelebihan kepada anda dan yang paling penting, cara untuk menghubungi anda.
  • Pastikan anda menggunakan perkataan yang ringkas dan padat.
  • Jangan lupa maklumkan kepada bakal majikan bagaimana anda tahu mengenai jawatan kosong tersebut.
  • Jika anda menulis dalam bahasa inggeris, pastikan anda menggunakan perkataan serta ayat yang betul.
  • Jika tidak begitu yakin, boleh saja anda menulis dalam Bahasa Melayu asalkan ayat dalam Bahasa Melayu juga tidak berterabur.

 

Cover Letter Internship Bahasa Inggeris

Bagi cover letter Internship Bahasa Inggeris ikuti maklumatnya serta contoh dibawah:

Mungkin ini semester terakhir anda. Sudah tentu tercari-cari contoh cover letter internship untuk mohon tempat praktikal. Hantar surat boleh, email pun boleh. Terpulang.

Pihak universiti pula sudah mula minta pelajar hantar surat permohonan untuk mendapatkan tempat pagi latihan industri (atau juga dipanggil internship atau praktikal). Kiranya ini adalah langkah pertama sebelum kerja betul-betul. Maka, jangan lambat-lambat untuk dapatkan contoh cover letter intership.

Harus diingat, kalau mahu hantar cover letter, walaupun untuk intership sekalipun (iaitu bukanlah kerja sebenar), perlu hantar sebaik mungkin. Jangan main hentam keromo. Lainlah kalau sudah habis belajar, baru boleh gunakan contoh cover letter untuk fresh graduate pula.

 

Intern Sektor Awam Atau Swasta?

Mahu pilih buat internship di pejabat kerajaan atau swasta? Baca dan fikir sendiri sebelum buat keputusan.

 

Contoh Cover Letter Intership

Berikut ialah contoh cover letter internship, latihan industri dan praktikal dalam Bahasa Inggeris. Sila ubah mengikut kesesuaian.

 

Cover Letter Internship *1

Dear Sir/Madam,

 

Greetings,

 

My name is Danial Mokhtar, a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Currently, I am pursuing my study in 3rdyear 2ndsemester in Computer Engineering. In this upcoming October 2019 until January 2020, we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure. Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an internship placement.

The purpose of the internship is to develop our hands-on skills in the field of engineering, besides to give a good exposure of different work interface in the company while gaining awareness to face the industry in the future.

I am interested to part of the organization where I can fully utilize my skills and make a significant contribution to the success of the employer and at the same time my individual growth. It is also another precious opportunity for me to explore and gain knowledge as much as possible in engineering field for my future preparation.

Attached herewith is my CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact at [email protected]

Looking forward to receive a positive reply from your side.

 

Thank you and have a nice day!

 

Cover Letter Latihan Industri (Industrial Training) *2

Dear Sir/Madam,

 

Greetings,

 

My name is Izz Yusra, a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Currently, I am pursuing my study in 3rdyear 2ndsemester in Civil Engineering.

In this upcoming October 2019 until January 2020, we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure. Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an industrial training placement.

The purpose of the internship is to develop our hands-on skills in the field of engineering, besides to give a good exposure of different work interface in the company while gaining awareness to face the industry in the future.

I am interested to part of the organization where I can fully utilize my skills and make a significant contribution to the success of the employer and at the same time my individual growth. It is also another precious opportunity for me to explore and gain knowledge as much as possible in engineering field for my future preparation.

Attached herewith is my CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact at [email protected]

 

Looking forward to receive a positive reply from your side.

 

Thank you and have a nice day!

Kepada anak Sarawak,boleh SEMAKAN INSENTIF PTPTN ANAK SARAWAK(PENGURANGAN BAYARAN BALIK 30%)

Cover Letter Latihan Praktikal (Practical Training) *3

Dear Sir/Madam,

 

Greetings,

 

My name is Ammar Yusuf, a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Currently, I am pursuing my study in 3rdyear 2ndsemester in Civil Engineering. In this upcoming October 2019 until January 2020, we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure.

Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an practical training placement.

The purpose of the internship is to develop our hands-on skills in the field of engineering, besides to give a good exposure of different work interface in the company while gaining awareness to face the industry in the future.

I am interested to part of the organization where I can fully utilize my skills and make a significant contribution to the success of the employer and at the same time my individual growth. It is also another precious opportunity for me to explore and gain knowledge as much as possible in engineering field for my future preparation.

Attached herewith is my CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact a [email protected]

Looking forward to receive a positive reply from your side.

 

Thank you and have a nice day!

 

Maklumat Berkaitan

Jangan lupa letakkan sekali CV dalam email yang dihantar. Jangan terus hantar borang yang pihak universiti minta pihak industri tandatangan.

Kalau terima banyak tawaran, mohon jangan buat pihak industri tertunggu-tunggu. Sila hantar surat tolak tawaran latihan industri untuk maklumkan mereka. Semoga dengan adanya contoh cover letter internship ini, anda akan beroleh rezeki di tempat yang diingini.

Sebagai intern, jika ada hal yang tidak disangka-sangka dan tidak boleh dielakkan, boleh gunakan contoh surat berhenti kerja sebagai ganti untuk surat tamatkan internship. Ubah sedikit, mengikut keperluan.

Semoga perkongsian kali ini tentang contoh cover letter terbaik untuk fresh graduate dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal graduan dalam mencari pekerjan yang sesuai dengan apa yang mereka hajati.

Apa-apa pun, teruskan usaha dan tawakal. Jangan lupa berdoa

 

Semoga bermanfaat!

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH EMAIL PERMOHONAN KERJA (Cara Apply & Format )

Leave a Comment