CARA TEMUDUGA ONLINE (Tips Interview Mohon Kerja / Pengajian)

CARA TEMUDUGA ONLINE (Tips Interview Mohon Kerja / Pengajian)

Cara temuduga online

Cara temuduga online dikongsikan untuk membantu mereka yang bakal menghadapi temuduga secara online berikutan pendemik yang melanda. Cara temuduga online  penting kerana semua temuduga secara bersemuka adalah tidak dibenarkan semasa PKP ini.

PKP 3.0 menyebabkan semua sesi Temuduga SPA (Kerajaan) / Badan Berkanun / Swasta mungkin terpaksa kembali dijalankan secara online.

Tentu ada antara kita yang tertanya-tanya apakah agaknya persediaan temuduga online yang perlu kita buat memandangkan ianya agak berbeza dengan temuduga bersemuka yang biasa kita lalui sebelum ini.

Maka dalam artikel ini kami ingin paparkan 10 tips Cara temuduga online sebagai persediaan sebelum menghadapi temuduga dalam talian online.

Maka dalam artikel ini kami ingin paparkan 10 tips Cara temuduga online berguna oleh Muhammad Ashraf Che Ani yang telah mendapat hampir 7000+ shares di Facebook sejak 5 hari ia dikongsikan.

Jom baca perkongsian Cara temuduga online beliau selengkapnya di bawah ini.

 

Lelaki Kongsi Tips & Pengalaman Temuduga Online Ketika PKP

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada awal tahun 2021 saya telah diterima bekerja dalam sektor awam setelah berjaya melepasi 1 ujian bertulis (secara online) dan 2 sesi temuduga (secara online).

 

10 Tips Penting Perlu Tahu Sebelum Menghadiri Temuduga Online Dalam Tempoh PKP

1.) MENGGUNAKAN TELEFON YANG BERKUALITI

Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online.

Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama.

Jadi, pastikan phone ada berada dalam keadaan yang baik.

 

2.) MENGGUNAKAN KAMERA TELEFON YANG HIGH DEFINITION (HD)

Saya pastikan kamera telefon saya berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat saya dengan jelas.

Anda bayangkan jika ada menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi

 

3.) WIFI/LINE TELEFON YANG LAJU

Wifi / Line Telefon sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar.

Wifi / Line Phone yang bermasalah akan menganggu perjalanan sesi temuduga.

 

4.) LOKASI YANG SESUAI

Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang.

Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan menggangu konsentrasi anda, betul tak?

 

5.) MENGGUNAKAN MINI MICROPHONE & WIRELESS EARPHONE

Saya membeli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga.

Mini microphone ini sangat penting pada saya kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga.

 

Saya juga menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan

 

6.) POSISI BADAN YANG SESUAI DAN MENARIK

Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang-kurangnya dari paras perut hingga kepala.

Walaubagaimanapun, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga.

Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.

 

7.) BERPAKAIAN LENGKAP SEPERTI TEMUDUGA SEBENAR

Saya berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja, blazer, tali leher, seluar, stokin dan kasut.

Bagi calon lelaki, elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak.

Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat.

Simple but nice.

 

8.) HUJAHAN JAWAPAN YANG KEMAS, PADAT & BERKEYAKINAN TINGGI

Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci.

Selain itu,anda juga boleh menyediakan sekurang-kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat.

Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau di hadapan cermin berulang kali.

Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga.

Practice makes perfect!

 

9.) RESUME YANG MENARIK

Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas.

Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.

 

10.) DOA DARI IBU BAPA & TAWAKAL

Saya bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibubapa saya.

Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah,hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

Saya sangat beruntung kerana di doakan oleh 2 mak dan 2 abah di kampung ( ibubapa kandung dan mentua).

Mereka sangat supportive dan sentiasa berada dibelakang saya ketika saya dibawah dan diatas.

Usaha & Tawakal Itu Penting

Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu “Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan.

Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.

 

P/S : Bangun awal pagi pada hari temuduga, hubungi ibubapa untuk mohon restu dan jangan lupa bersedekah sebelum temuduga bermula.

Moga catatan Cara temuduga online ini bermanfaat untuk rakan-rakan yang akan menjalani temuduga (secara online).

Baca Juga: MyPUSPAKOM LOGIN:CARA REGISTER,TEMUJANJI PEMERIKSAAN & SEMAKAN REKOD SERVIS(mypuspakom.com.my)

3 thoughts on “CARA TEMUDUGA ONLINE (Tips Interview Mohon Kerja / Pengajian)”

Leave a Comment