LOG MASUK SPdPR KPM: CARA DAFTAR KELAS,PENGISIAN & SEMAKAN PELAPORAN PdPR HARIAN

LOG MASUK SPdPR KPM: CARA DAFTAR KELAS,PENGISIAN & SEMAKAN PELAPORAN PdPR HARIANLog Masuk SPdPR KPM

Cara Log Masuk SPdPR KPM ini dikongsikan bagi memudahkan anda yang pertama kali log masuk sistem SPdPR ini. Dikongsikan juga cra daftar kelas dan maklumat lain termasuk cara masukkan laporan untuk memudahkan anda.

Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia.

Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang log masuk cara daftar kelas dan juga maklumat lain yang anda perlu ketahui dalam Sistem Pelaporan PdPR ini.

 

Apakah SPdPR?

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

 

Cara Log Masuk SPdPR KPM

Ikuti langkah mudah dibawah untuk log masuk daftar kelas dan juga cara mengisi pelaporan dalam SPdPR.

1.Layari laman sesawang SPdPR mengikut negri masing-masing kemudian log masuk menggunakan ID dan Password anda.

 

2.Ubah password sementara anda dengan memasukkan password baru mengikut kehendak pengguna

 

3.Klik pada skrin paparan PdPR

4.Masukkan ID DELIMa KPM seperti yang diminta. ID ini hanya untuk sekali kemaskini sahaja.

 

5.Seterusnya anda perlu mendaftar kelas pendaftaran kelas hanya dilakukan sekali sahaja oleh PK pentadbiran atau guru yang terlibat.

 

6.Seterusnya ikuti langkah berikut untuk mengisi pelaporan PdPR

 

7.Setelah selesai anda boleh melihat semula semua maklumat yang telah anda masukkan dengan menekan butang papar yang tersedia.

 

Log Masuk SPdPR Pautan Mengikut Negeri KPM

KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.

Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, maka pastikan link anda betul :

Lain-lain negeri: Akan dikemaskini

 

Maklumat Lanjut, Pertanyaan & Aduan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR Standard Log Masuk SPdPR KPM ini, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.

Baca Juga: LOGIN eOPERASI KPM GURU

Leave a Comment