CARA TUKAR FONT STATUS (WhatsApp Facebook Caption Instagram)

CARA TUKAR FONT STATUS (WhatsApp Facebook Caption Instagram)

CARA TUKAR FONT

Adakah anda perasan mengenai font cantik yang stylish digunakan pada status media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Caption Instagram dan sebagainya. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk membuat font sebegitu supaya nampak menarik pada status anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tukar font status tersebut, semoga membantu.

 

ADAKAH PERLU DOWNLOAD APLIKASI UNTUK TUKAR FONT?

Untuk menggunakan tulisan cantik atau font unik di status anda, anda sebenarnya tidak perlu untuk memuat turun (download) aplikasi lain.

 

WEBSITE TUKAR FONT

Anda kini boleh gunakan pelbagai font generator secara percuma dan hanya perlu copy dan paste dari laman web tersebut dan post sahaja ke status anda. Berikut adlaah merupakan laman web tersebut:

  • YayText
  • FancyFonts
  • Lingojam

 

CARA TUKAR FONT STATUS GUNA YAYTEXT

Dengan menggunakan aplikasi ni anda hanya dapat menukar kepada tulisan Bold atau Italic. Tulisan ini kebiasaannya digunakan untuk memberi penekanan pada sesuatu posting di status anda supaya maklumat yang dipaparkan lebih menonjol. Berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://yaytext.com/bold-italic/
  2. Masukkan perkataan yang anda ingin bold atau italic pada bahagian Your Text
  3. Kemudian anda hanya copy dan paste perkataan tersebut yang telah di bold atau italic ke Status anda

 

CARA TUKAR FONT STATUS GUNA FANCYFONTS

Tulisan cantik yang stylish pula selalunya digunakan untuk ucapan hari lahir, status atau perbualan tidak formal.  Untuk membuat tulisan jenis FANCY / UNIK ini, berikut adalah merupakan caranya

  1. Layari pautan https://www.fancyfonts.top/
  2. Pilih bahagian yang anda inginkan iaitu:
    • Facebook Fonts
    • Font Generator
    • Fancy Fonts
    • Invisible text
    • Twitter Fonts
  3. Masukkan perkataan yang anda ingin pada bahagian Enter Your Text Here
  4. Kemudian pilih jenis font yang anda inginkan, kemudian hanya copy dan paste perkataan tersebut yang telah di bold atau italic ke Status anda

 

CARA TUKAR FONT STATUS GUNA LINGOJAM

Tulisan cantik yang stylish pula selalunya digunakan untuk ucapan hari lahir, status atau perbualan tidak formal.  Untuk membuat tulisan jenis FANCY / UNIK ini, berikut adalah merupakan caranya

  1. Layari pautan https://lingojam.com/FacebookFonts
  2. Tuliskan kandungan post anda di ruangan kosong yang disediakan pada ruangan Normal text goes here..
  3. Setelah selesai menulis, anda akan dapat banyak pilihan fonts menarik berdasarkan kandungan tadi di ruangan And fancy text fonts will appear here..
  4. Skrol lagi ke bawah untuk lihat lebih banyak fonts untuk anda pilih.
  5. Pilih Font yang anda sukai dengan select dan copy.
  6. Kemudian hanya copy dan paste perkataan tersebut yang telah di bold atau italic ke Status anda

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA CANVA (Edit Poster Flyers Logo Thumbnail Iklan Sepanduk Gambar)

Leave a Comment