CARA BUAT DIGITAL STAMP GUNA MICROSOFT WORD (Cop Nama Online)

CARA BUAT DIGITAL STAMP GUNA MICROSOFT WORD (Cop Nama Online)

CARA BUAT DIGITAL STAMP

Pastinya kini perkhidmatan online sangat meluas. Termasuk lah dalam mengisi borang-borang  rasmi dan juga urusan online. Ini kerana urusan yang sangat pantas dan juga menjimatkan penggunaan kertas serta kos.

Walaubagaimana pun, untuk penggunaan secara online sudah tentunya memerlukan pengesahan seperti tandatangan ataupun cop rasmi yang membuktikan atau mengesahkan bahawa apa yang terkandung itu adalah maklumat yang tulen.

Tetapi bagaimana caranya? Ini disebabkan kebiasaannya cop rasmi biasanya kita gunakan di pejabat sahaja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat digital stamp untuk urusan anda secara online dengan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja, semoga membantu.

 

CARA BUAT COP DIGITAL ONLINE

Berikut adalah merupakan cara buat cop digital untuk memudahkan urusan anda secara online:

Langkah 1: Microsoft Word

  • Buka Microsoft Word di komputer atau pc anda dan taip nama, status dan lain-lain maklumat yang perlu ada pada cap digital.
  • Anda juga boleh memilih jenis tulisan, warna dan sebagainya. Sekiranya digunakan untuk formal seharusnya anda membuat yang standard.
  • Setelah siap dan seperti cop asal anda, simpan cop tersebut dengan klik Save as > Save As Type dalam format PDF. Sebagai contoh, anda boleh save as sebagai Cop Nama Digital.pdf di folder yang anda inginkan atau di desktop untuk memudahkan langkah selanjutnya

Langkah 2: Adobe Acrobe Reader

  • Seterusnya buka Adobe Acrobat Reader di PC anda
  • Kemudian di menu klik pada Comment dan pilih fail atau dokumen atau surat yang memerlukan cap digital tersebut.
  • Di bahagian Toolbar, pilih ikon stamp. Kemudian tekan pada Custom Stamps > Create.
  • Di bahagian Browse, pilih fail PDF yang telah disimpan tadi. Sebagai contoh, Cop Nama Digital.pdf > Open > OK.
  • Pada Category, pilih kategori atau anda boleh menghasilkan kategori baru untuk meletakkan cap digital tersebut. Seterusnya, letak nama yang bersesuaian di bahagian “Name”. Sebagai contoh, Cop Nama dan klik Ok.
  • Untuk mula menggunakan cap digital tersebut, tekan pada ikon stamp, pilih Sign Here > COP NAMA (atau nama cap digital yang telah dinamakan tadi6) ATAU gambar cap digital tersebut.
  • Bagi penggunaan kali pertama, anda mungkin perlu mengisi berapa maklumat yang tertera. Setelah lengkap tetapan identiti, tekan Complete.
  • Akhir sekali, anda boleh menggunkan cop ini dan meletakkan cap digital pada tempat yang bersesuaian atau diperlukan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT SLIDE PEMBENTANGAN (Menarik Cantik Mudah)

Leave a Comment