CARA TUKAR NO HP CIMB BANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP CIMB BANK(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP CIMB BANK(Update Mobile Phone Number)

 

Perkhidmatan Perbankan Internet semakin berkembang penggunaannya terkini. CIMB Clicks merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan CIMB Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

 

Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan. Bagaimana sekiranya no telefon yang anda daftar sebelum ini telah tamat perkhidmatan atau ingin menukar ke no telefon yang lain? Disini kami kongsikan cara untuk tukar atau kemaskini nombor telefon, semoga membantu.

 

 

 KENAPA PERLU TUKAR NO HP CIMB BANK?

 

Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Maybank mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut

  • Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
  • TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
  • Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
  • TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
  • Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer

 

 

CARA TUKAR NO HP CIMB BANK

 

Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:

 

  1. Penukaran No HP melalui CIMB Clicks (web & Aplikasi):
    • Tidak boleh atas sebab keselamatan, penukaran no telefon untuk TAC CIMB tidak boleh dilakukan secara atas talian samada Web ataupun Aplikasi.

 

  1. Penukaran No HP di cawangan CIMB Bank:
    • Sila pergi ke cawangan CIMB Bank berdekatan,
    • Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
    • Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
    • Ikuti langkah seterusnya supaya proses update phone number CIMB Bank lancar.

 

  1. Penukaran No HP di ATM CIMB Bank:
    • Sila pergi ke mesin ATM CIMB Bank berdekatan.
    • Masukkan Kad ATM.
    • Masukkan PIN ATM.
    • Pilih menu Others/Lain-Lain.
    • Pilih CIMB Clicks.
    • Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
    • Tekan butang Teruskan/Proceed.
    • Cetak resit untuk rujukan
    • Anda berjaya tukar nombor telefon CIMB Clicks lama dengan yang baru..

 

  1. Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank
    • Hubungi Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank di talian 03 6204 7788
    • Beritahu kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar no telefon lama dengan yang baru.
    • Pegawai bank akan minta maklumat peribadi Anda seperti nama, no kad pengenalan, no kad ATM dan no account bank.
    • Selepas itu, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.

 

 

MASALAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON CIMB BANK?

 

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi Pusat Panggilan bank CIMB di talian 03 62047788

 

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu TAC?

Transaction Authorisation Code (TAC) adalah ciri keselamatan yang digunakan oleh Bank untuk melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, anda akan menerima TAC daripada Nombor telefon yang anda daftarkan melalui Bank

 

Saya telah memasukkan TAC saya seperti yang diminta tetapi mendapat mesej ralat. Mengapa begitu?

Anda mungkin menerima mesej ralat atas sebab-sebab berikut:

  • TAC anda tidak betul atau telah tamat tempoh
  • Anda telah meminda butiran transaksi untuk TAC tertentu
  • Anda telah melebihi jumlah maksimum lima (5) percubaan

 

Mengapakah saya tidak menerima SMS TAC?

  • Telefon mudah alih anda mungkin di luar kawasan liputan rangkaian.
  • Peti mesej anda mungkin penuh.
  • Nombor mudah alih anda mungkin telah disenaraihitamkan atau anda telah memilih untuk tidak menerima sebarang mesej daripada mana-mana organisasi.
  • Pengendali rangkaian mungkin mengalami masalah teknikal atau menghadapi kesesakan waktu puncak.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarnag maklumat lanjut anda boleh layari web rasmi CIMB Bank di pautan https://www.cimbclicks.com.my/

 

Baca juga : Cara Tukar NO HP MAYBANK

1 thought on “CARA TUKAR NO HP CIMB BANK(Update Mobile Phone Number)”

Leave a Comment