Cara Self Check In Batik Air (Malindo Air) Online

Cara Self Check In Batik Air (Malindo Air) Online

Check In Batik Air

Terdapat banayk pilihan syarikat pengangkutan udara di negara kita. Sekiranya anda pernah dengar syarikat Malindo Air, kini syarikat penerbangan tersebut dikenali sebagai Batik Air.

Sekiranya anda khuatir untuk check in di Batik Air, kami akan kongsikan cara mudah yang rikas untuk anda.

Cara Check In Batik Air

Bagi penumpang Batik Air, terdapat 4 cara atau kaedah untuk anda check ini penerbangan anda iaitu:

  1. Di kaunter Batik Air di lapangan terbang
  2. Di kiosk layan diri di lapangan terbang
  3. Di web Malindo Air
  4. Di aplikasi mudah alih

Bagi kaedah nombor 1 dan 2, anda boleh melakukannya di lapangan terbang tempat berlepas.

Anda boleh check in secara dalam talian atau semasa dalam perjalanan menggunakan aplikasi mudah alih di mana-mana dan pada bila-bila masa antara 48 jam hingga 1 jam sebelum penerbangan anda berlepas.

Polisi check in secara online

Semua penerbangan Batik Air (Malaysia) (Domestik dan Antarabangsa) layak untuk daftar masuk secara online melalui web dan aplikasi mudah alih kecuali penerbangan perkongsian kod (nombor penerbangan bermula dengan OD9xxx).

Semua penerbangan antarabangsa memerlukan pemeriksaan dokumen tambahan. Sila teruskan ke kaunter daftar masuk dan sila pastikan semua dokumen perjalanan adalah lengkap dan sah.

Sila pastikan semua dokumen perjalanan adalah sah.

Tiada tambahan seperti bagasi prabayar, makanan dan lain-lain dibenarkan selepas daftar masuk. Sila beli item tambahan anda sebelum melakukan daftar masuk web.

Kaunter Bagdrop akan ditutup 1 jam (60 minit) sebelum waktu berlepas standard (STD) terkini di semua lapangan terbang kecuali Lapangan Terbang Subang Skypark yang ditutup 30 minit sebelum berlepas.

Tetamu yang memerlukan bantuan khas seperti kerusi roda atau perjalanan dengan bayi tidak layak untuk daftar masuk web dan dinasihatkan untuk terus ke kaunter daftar masuk Batik Air.

Cara Check In Website Batik Air

Untuk checkin Batik Air melalui laman web, hanya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Batik Air di alamat https://dx.checkin.malindoair.com/dx/ODCI/#/check-in/start?locale=en-US
  2. Masukkan nombor rujukan (Booking Reference) dan nama akhir (Last Name).
  3. Klik butang Retrieve
  4. Anda boleh cetak atau muat turun pas penerbangan anda dan tunjukkan kepada pengawal bertugas apabila masuk ke pintu berlepa di lapangan terbang.

Cara Check In Aplikasi Batik Air

Pertama sekali, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih Batik Air.

Aplikasi ini (masih dinamakan Malindo Air ketika artikel ini ditulis) boleh dimuat turun melalui salah satu pautan di bawah:

  1. Google Play
  2. App Store

Setelah memuat turun dan pasang aplikasi tersebut di peranti mudah alih anda, masukkan nombor rujukan (Booking Reference) dan nama akhir (Last Name).

Artikel Lain : Cara Check In Malaysia Airlines

Leave a Comment