CONTOH PELAPORAN PLC(Cara Buat Laporan Profesional Learning Community)

CONTOH PELAPORAN PLC(Cara Buat Laporan Profesional Learning Community)

contoh pelaporan plc

Ramai guru yang membuat perkongsian sesama guru secara kolaboratif tetapi tidak tahu cara menyediakan pelaporan PLC.

Pelaporan PLC perlu dilaksanakan setelah selesai sesi strategi antara guru tersebut. Laporan tersebut boleh dimasukan ke dalam LADAP. Oleh itu, pastikan anda mendaftarkan di laman e-SPLKPM.

Kami akan kongsikan cara membuat pelaporan tersebut. Laporan adalah secara ringkas namun memberikan impak kepada semua. Anda boleh merujuk contoh pelaporan plc tersebut.

 

Apa itu Profesional Learning Community (PLC)?

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.

 

Strategi Pelaksanaan PLC

Terdapat 6 strategi utama yang menjadi focus dalam PLC. Berikut adalah contoh strategi yang boleh digunakan:

 

  1. Lesson Study

 

Terdapat 3 fasa iaitu :

  1. Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia)
  2. Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
  • Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH

 

  1. Peer Coaching

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati

(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati

(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.

 

  1. Teacher Sharing Session

Perbincangan biasanya dilakukan oleh sesama ahli panitia. Pastikan gambar sesi tersebut diambil dan dibuat laporan.

 

  1. Learning Walks

Para guru boleh berjalan sambil memerhatikan sesi pengajaran yang dilaksanakan oleg guru lain.

 

  1. Video Critiques

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada.

 

  1. Data Analysis

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat.

 

Contoh Borang Pelaporan PLC

Berikut dikongsikan borang laporan teacher sharing. Anda boleh ubahsuai dan masukan data mengikut kesesuaian pengajaran anda.

Sesi Perkongsian Guru
Nama Ahli Kumpulan:

 

 

 

Tempat/Tarikh/Masa:

 

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

 

 

 

 

 

 

 

Interpretasi:  Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakan perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada profesionalisme  saya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                     

 

 

Borang Laporan Learning Walks

 

BORANG PEMERHATIAN LEARNING WALKS

FOKUS yang dipersetujui dan diperhati: _____________________________________________________

Bil.Aspek yang dipelajari/diperhatiBukti Pemerhatian P & PTindakan seterusnyaRumusan / Kesimpulan

(Diisi oleh Ketua)

Pemerhatian 1i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Pemerhatian 2i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Pemerhatian 3i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Nama-nama ahli Walking Team:

i.

ii.

iii.

iv.

v.

 

 

…………………..…………………

Tandatangan Ketua (Lead Walker)

 

NAMA :………………………………………….

 

 

…………….…………………………

Tandatangan Penyelaras PLC

 

NAMA :……………………………………

Semoga perkongsian contoh pelaporan PLC ini membantun anda dan memberikan manfaat. Sebarang rujukan boleh klik pautan ini.

 

Artikel Lain : Cara Login SPLKPM

 

 

 

Leave a Comment