SOALAN UKKM MRSM 2024(MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB)
Kepada pelajar yang telah membuat semakan lokasi untuk mengambil ujian UKKM MRSM tahun 2024, berikut adalah perkongsian tentang CONTOH SOALAN UKKM MRSM sebagai panduan kepada anda. Semoga membantu
INFO PENTING UKKM MRSM
- Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.
- Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.
- Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.
APA ITU UKKM MRSM
UKKM adalah ringkasan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Disebabkan tiada lagi peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3.Maka syarat kelayakan ujian UKKM digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.
Antara syarat utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES). Untuk makluman anda,MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENGAMBIL UJIAN UKKM?
Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES). MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.
TUJUAN UJIAN UKKM DILAKSANAKAN
Ujian ini untuk mengukur potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.
SENARAI UJIAN UKKM
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki.
UJIAN UKKM ULUL ALBAB
Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM)
Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yabg berkaitan dengan ujian UKKM:
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 1
- Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 4
- Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.
FORMAT SOALAN UKKM MRSM
Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:
Format Soalan UKKM Matematik
- Masa diperuntukan adalah 30 minit
- Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
Format Soalan UKKM Bahasa Inggeris
- Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
- 15 soalan objektif
Format UKKM Sains
- 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
- 30 soalan berbentuk objektif
Format UKKM Ujian Keperibadian
- 100 soalan objektif yang perlu dijawab
- Masa 30 minit
Formart Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1
- 35 minit
- Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
Berikut adalah contoh ujian hafazan :
- Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
- Antara perkara yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
- Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.
SENARAI SOALAN UKKM MRSM
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki iaitu:
- Ujian Ukkm Ulul Albab
- Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
- Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM(UKKM)
- Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan ujian UKKM:
- Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 1
- Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
- Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 4
- Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.
CONTOH SOALAN UKKM MRSM
Berikut adalah contoh soalan UKKM MRSM:
CONTOH SOALAN UKKM SAINS
- Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
CONTOH SOALAN UKKM MATEMATIK
- Seorang penternak mempunyai 100 ekor lembu dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing yang ada?
CONTOH SOALAN UKKM UJIAN KEPERIBADIAN
- Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap
CONTOH SOALAN UKKM ULUL ALBAB
- Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
- Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
- Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
- Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
- Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran
TARIKH UJIAN UKKM
Tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian akan diumumkan oleh pihak MARA dalam masa terdekat. Ia dijangka sekitar bulan November-Disember 2023.
SOALAN LAZIM (FAQ) UKKM MRSM
Bagaimanakah cara buat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM?
Pelajar boleh membuat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM melalui:
- Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
- Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4
Adakah negeri yang dilaksanakan PKPD akan melaksanakan ujian UKKM?
- Bagi negeri yang sedang dilaksanakan PKPD, tarikh ujian akan hanya dilaksanakan selepas perintah tersebut ditarik semula
Adakah ujian dilaksanakan pada hari bersekolah?
- Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan
Bilakah tarikh pelaksanaan ujian UKKM?
- Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020
Bagaimanakah cara pilih tempat ujian UKKM?
- Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
INFO LANJUT & PERTAYAAN
- Sila emel kepada [email protected].
- Layari Portal Rasmi MARA
- Hubungi :03-2613 2000
- Emel:[email protected]
Aduh Kene g jawab ujian MRSM 19 january.aku nak main ff ni
Kau ni lagi pentingkan game dari pelajaran ke?!
Betulkan
Susah tk wee soalan dy ?
Haah
susah ke x weyy
Tidak saya hanya main game pada hujung minggu
kalau aku 4/2
Ok arh tu sbb x semua org dapat ujian mrsm
lmfaooo , seriously. Education first mister, but i like your humour tho
BAAHAH same :’)
Yow aku bru nk buat bulan dpn HAHAHHA
Lmao I’m going for the exam minggu ni hari ahad
Bruh same
you tkde hri lain ke nk main game? main game tk perlu lah sampai 24j, study tu penting
Betul tu puteri
Kamu nanya
Jumaat ade ft time pagi rilek je
Game je keje kau.. Kang tk lulus menangis pulak.. 🤦🏻♀️
Ayah aku dah marah dah sbb xdpt CRI pun contoh soalan
UKKM memang tak bagi contoh soalan dari tahun 2000 sampai 2021.UKKM sangat tegas.Ini sekolah pandai,sebab tulah tak ada contoh soalan
Contoh soalan memang takde..Aku yg dh form 3 kat mrsm muadzam pon x pernah dapat tengok cntoh soalan bdk2 lain
boleh nk tnya pendapat tak , susah ka soalan interview mrsm tuh ?
yee thoo
orang tanya contoh soalan ukkm bukan jawapan yang dicopy and paste dari website MARA. letih.
Eh kau nih. Memang lah tak boleh bagi yang sama. Nanti memang lah boleh jawab. Ni cuma *contoh* je. Untuk bagi kita tau yang soalan nya lebih kurang macam ni.
MARAH NAWWWW..
btw..goodluck untuk exam kat perak nanti..
aku punya 2/2/2021..kat muar,johor..
goodluck to myself
same tapi aku kat pasir salak
Weh aq pun kt muar johor and 2/2 gak. Kita geng jumpa kt sana nanti.
so how? dpt ke tk? klu dpt jumpa kt sklh thn dpn hehe
Sama siak
Good luck! Saya punya 1/2/2021
aku 8/2/2021 kat melaka
UKKM memang tak bagi contoh soalan dari tahun 2000 sampai 2021.UKKM sangat tegas.Ini sekolah pandai,sebab tulah tak ada contoh soalan
Hahaha mcm dah pernah pengalaman aku nk exam nnti hari selasa
HAHAHAHAHHA
Kau ni lagi pentingkan game dari pelajaran ke?!
Aku cuma ada masa lagi seminggu je untuk study. Minggu depan nak pergi dah kat Perak. Rasa berdebar lah jugak. Tapi lama² ok lah tu. Mula² tak nak pergi. Tapi mak ayah aku suruh pergi jugak. So demi mak ayah aku, aku terima je lah. Ini pon untuk masa depan aku jugak kan.
samelah kite
berdoa agar tuhan dapat meringankan beban kita semua
JAWAPAN SOALAN MATEMATIK TO APA
(JAWAPAN SOALAN MATEMATIK TU APA) SORRY SALAH TYPE
JAWAPAN SOALAN MATEMATIK TU APA
Kambing = 0
lembu = 25
itik = 75
laaa ni dikira soalan matematik ke??
Ya betul la tu.. kira mcm persamaan ganti kan x lembu dan y itik
X+y = 100 ekor
4x +2 y = 250 kaki
Selesaikan persamaan ni maka dptla itik 75 ekor dan lembu 25 ekor dan jumlah kaki binatang ni = 250 kaki
0 lah sebab dia tk cakap pon ade kambing
oh.. paham ii harap ii sya dpaat lulus semua ujian amin✨.
INSHAALLAH,amin…goodluck..kalau saya ujian pada 4 hari bulan 2
Aaminn,good luck
aku hanya masa 6 hari je lg utk study…nnti 4 hari bulan 2 aku kene pergi kuala kubu..aku harap aku lulus sbb aku bercita2 nak jadi lawyer…amin..
Bukan ke each itik dengan lembu ada 100 ekor? So means ada 200 lah en (lembu + itik)..then dia kata kesemua sekali binatang ada 250..untuk dapatkan jumlah kambing..kena tolak jumlah kesemua binatang dengan jumlah lembu dengan itik tadi (250 – 200 = 50) dpatlah jumlah kambing..lepastu kita tambahkan jumlah lembu ngan itik tadi dengan 50 (jumlah kambing)..then kesemua sekali ada 250..x silap macam tu lah kot
250 tu bilangan kaki bukan ekor
dpat tk mrsm? btw,ur so smart what :0
woaaahhhh… kwn aq dpt sklh kat sana… kalau thn dpn kau dpt sklh tuh… try ii la jumpa dia… thn dpn dia form 3.. carik la dia, natasha.. wkwkwkwk
Siapa kat sini periksa bulan Februari 🙋🏻♀️
📚Amin and all the best.📚
Doakan sy jgk.
Hi arini saya amik exam ukkm mrsm kat kuala kubu baharu
Aku cuma tinggal 3 hari lagi nak pergi kt Kuala Kubu,Selangor💫
aku 4.2.2021 Lagi bapa hari lagi .
Good luck kepada calon yang akan menduduki nanti.
aku 8/2/2021 kat melaka
aq plk ade exam hari selasa 9/2/2021 kt melaka nk study hari ni dh tarikh berapa dh 6/2/2021 haih korang semua tolong doa kn aq dpt lulus exam ni tau…amin.
Ayat hafazan tu dia bagi random ke boleh pilih. 2 hari lagi ni nk pergi melaka.aku dpt mrsm ulul albab sabak bernam. Tapi x tau mcm mana boleh sampai ke melaka ujian nye. BTW ayat hafazan tu random ke???
Harap ii lulus hasil titik peluh aku study esok dah exam 🙂
kau study semua bab ke?
kambing 25 ekor
sye takut nk hadapi ujian pada 15/2….hmm
weyh sameee
kau ambil ulul albab ke? …ada tak surah yg dibagi untuk hafal
Camne? Hari ni mesti dah lepas ukkm kan? Senang ke susah
best la korang dpt masa 6 ke 5 hari sebelum nk exam, aku tiga hari nk exam baru email sampai
goodluck awak
Goodluck too! <3
salah soalan mane ada kambing ade lembu ngan ayam je
Celah mana ayamnya
Ulwa, kamu exam kat mana?
sy br hbis exam di mrsm.kuala kubu
kena study bab mana ek hahhaha
boleh pm saya apa yg ditanya…blur ni…lma pdpr
ada contoh soalan tak
hi korang nanti wawa ada ujian 3 december ni..tapi kena study bab mana ek ? ke semua bab dia masuk?
weh HAHAHAHAHA aku 4/12 😭 dahla this week final exam 🥲
same
14/11 🤡
alhamdulillah mmg dah hafal al mulk SO YEYEYEYEYYEYEYEYEYEYYYYEEYEYEYEEYYEYEYEYEYYEYEYEYYEEYEYYYEYEY
i pon johor jugak
anyone amik exam dekat kuptm kl? 18/12 btw
kalau kau cakap kambing kosong kan… cam tu, asal die tanye kambing tu ade bape ekor? and ape tujuan die letak kambing dalam soalan ni kalau kambing kosong. maksudnya org tu x ternak kambing lah kan.
jadi apa jawpan dia?
Kambing mesti ada punya… Kalau tak soalan tu jadi teka teki. Soalan aras tinggi ni… Kena cari jumlah lembu dan jumlah itik merujuk jumlah kaki kesemua binatang tu. Lagipun dia cakap kesemua bukan kedua-dua, kan? Susah sebab lembu ada 4 manakala itik ada 2 kaki.. Kena banyak kali kira kira.. Saya dah banyak kali kira tapi asyik terlebih terkurang.
soalan mate tu cam sje nk putar belit soalan T-T
rasanya ini soalan iq ..based on logic thinking .. critical thinking
Nak tanya kalau xpergi xpe an..
4/2 ni guys gudluck!!!siapa belum study lagi study cepat!!!mari kita sama sama berjaya!Amin
Orang tu ternak 50 ekor kambing..sha ada jelaskan kat comment orang lain tadi..boleh check if nak tau
lembu dengan itik lah…
I hope I can do this exam my exam 10/12/2021 so good luck for me
i 11/12 ni kat lenggong perak takut do 🙁 math sains hafazan tu risau 😭
Same tapi tempat berbeza I dkt MRSM Parit.Wish me luck guys
Woah nervous betul ni! 15/12 tu dekat je tarikhnya🥴
y’all im nervous af LIKE HOW TF AM I SUPPOSED TO HAFAL WITHIN 25 MINUTES
alhamdulillah mmg dah hafal al mulk SO YEYEYEYEYYEYEYEYEYEYYYYEEYEYEYEEYYEYEYEYEYYEYEYEYYEEYEYYYEYEY
Ok x?
Bm aq dgr ade karangan btl ke?
Haah
Tolong doa kan saya dapat masuk MRSM
Amin Insyallah harith imran dan doa kan saya jugak ye