DB40 JPA 2022 (Permohonan Program Dermasiswa B40)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Apa Itu Permohonan Program Dermasiswa DB40 JPA
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajarpelajar SPM 2021 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Tarikh Permohonan Program Dermasiswa DB40 JPA
Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.
Tarikh Semakan Tarikh Permohonan Program Dermasiswa DB40 JPA
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Syarat Permohonan Permohonan Program Dermasiswa DB40 JPA
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat Khusus
Selain itu, syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:
i) Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:
- Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
ii) Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
- Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Bidang Pengajian Tidak Ditaja
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah:
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
Cara Memohon Program Dermasiswa DB40 JPA
Permohonan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang eSILA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Info Lanjut
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.
Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Artikel lain : Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) KBS