Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) KBS Tahun 2023

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) KBS Tahun 2023

Biasiswa Sukan Persekutuan SBSP

Perhatian kepada mahasiswa yang mengikuti kursus di IPT, anda kini berpeluang memohon biasiswa sukan. Tawaran bagi Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) kini dibuka bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA).

Biasiswa ini bertujuan bagi membantu para atlet negara yang yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan.

Biasiswa Sukan Persekutuan SBSP

Tarikh Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan SBSP 2023

Untuk makluman, tarikh permohonan akan dikemaskini

Syarat-Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
  • Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

-tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.

-tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

  • Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
  • Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  • IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
  • Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  • Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
  • Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  • Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan SBSP

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Layari laman sesawang SBSP
  2. Pilih e-Bantuan.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik Hantar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang SBSP

atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.

Artikel Lain : Biasiswa ISMP 2022

Leave a Comment