Jadual Tarikh Pembayaran Duit STR Fasa 1 2023 (Isi Rumah Dan Bujang)

Jadual Tarikh Pembayaran Duit STR Fasa 1 2023 (Isi Rumah Dan Bujang)

Duit STR

Golongan B40 bakal menerima bantuan duit Sumbangan Tunai Rahmah STR pada tahun ini. Kerajaan telah menyediakan dana yang besar utnuk meringankan beban rakyat.

kami akan kongsikan tarikh pembayaran STR untuk rujukan anda.

Apa Itu Duit Sumbangan Tunai Rahmah STR

STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.

Pembayaran bantuan ini diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac 2023 seperti yang dijadualkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Pembayaran bantuan STR ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima yang disebutkan sebelum ini.

Kategori Penerima Duit Sumbangan Tunai Rahmah STR 

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:

Duit STR

Jumlah Pembayaran Fasa 1 Duit STR

Pembayaran bagi Fasa 1 akan melibatkan jumlah seperti berikut:

Kategori Penerima

Jumlah Penerima

Jumlah STR

Implikasi Kewangan (RM bilion)

Isi rumah

4.0 juta

RM300

1.2

Warga Emas Tiada Pasangan

1.2 juta

RM100

0.12

Bujang

3.5 juta

RM100

0.35

Jumlah

8.7 juta

RM1.67 bilion

Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR ini akan dikreditkan seperti berikut:

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.

Semakan Status Pembayaran Duit STR

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ mulai 17 Januari 2023.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Artikel Lain : Semakan Status dan Kemaskini STR

7 thoughts on “Jadual Tarikh Pembayaran Duit STR Fasa 1 2023 (Isi Rumah Dan Bujang)”

Leave a Comment