Semakan Status STR 2023 & Kemaskini Maklumat Pemohon(Sumbangan Tunai Rahmah)

Semakan Status STR 2023 & Kemaskini Maklumat Pemohon(Sumbangan Tunai Rahmah)

Semakan STR Kemaskini

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) bakal menikmati bantuan tunai pada tahun ini.  Bantuan tunai dibawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Cara semakan dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) begitu mudah.

kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

kami akan kongsikan cara semakan dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Semakan STR Kemaskini

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Kategori Penerima

Kadar STR Fasa 1

Isi Rumah

RM300

Warga Emas Tiada Pasangan

RM100

Bujang

RM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini

dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Artikel Lain : Bantuan Awal Persekolahan 2023

37 thoughts on “Semakan Status STR 2023 & Kemaskini Maklumat Pemohon(Sumbangan Tunai Rahmah)”

  1. Kami mempunyai 3 orang ank…kos Sara hidup makin tinggi…suami cuma bekerja sebagai penoreh getah…cara memohon bantuan ini bagaimana…(orang kampung)

    Balas
    • Assalamualaikum puan
      Maklumat seperti no kad pengenalan dan no akaun bank tidak sesuai dipaparkan disini puan mungkin ada yg tidak bertanggungjawab yg akan menghubungi puan dgn niat tidak baik
      #waspada

      Balas
  2. Bekas penerima geran prihatin, klu 2022 xde bole ke mohon BKM,, mniaga kuih sj, dok rumah sewa, status becerai ada anak jagaan, bukn anak kandung,,, hya ada surat akuan mhkmh saja,,, layakkah memohon

    Balas
  3. Bismillahhirohmaaniirohhimm.
    Assalamualaikum…
    Saya seorang ibu tunggal anak 3.saya tidak ada perkerjaan yang tetap, rumah sewa anak sekolah…
    Alhamdullilah saya ada dapat bantuan dari bsh,bpn dan bpr.sebelum ni saya ada dapat bantuan daripada zakat,tapi kerana alamat rumah tak tetap dan tak di kemaskini bantuan.lepas tu saya dah tak dapat lagi…
    Bantuan yang baru ni kena kemaskini tak???

    Balas
  4. Yang penting biarlah maklumat yg boleh di kemaskini tu boleh di masuk maklumat baru. Yg x dpt tetap x dpt sebab alasannya kemaskini tp x boleh di betulkan jika berlaku kesilapan isi maklumat atau tertinggal nk isi maklumat dulu. Berapa kali x dpt bantuan di sebabkan itu? Buka lah byk kali utk mperbetulkan maklumat tp bukan kemaskini.

    Balas
  5. Suami warga emas.saya OKU.Dulu dapat GKP.2022 boleh kah saya daftar BKM.suami bawa kereta sewa sekarang tiada pendapatan.bolekah suami saya layak untuk bantuan warga emas?

    Balas
  6. Saya belum pernah menerima bantuan mna 2 apa jenis bantuan,anak seorang ,sekarang terjejas kerana vivid 19,Mcm mna nak mohon ni ya?

    Balas
  7. Ada kah bntuan ini PKS jg tercicir?? Cukup2 lh BPR, BKC dn bnyk lgi melibatkan jaringan utk anak2 pun d batalkan. Utk pgetahuan, GKP tdk smua brkmampuan..apalagi dgn keadaan skrg asyik2 pkpd. Perniagaan lingkup atas hnya byr sewa premis shj. Harap pihak berwajib pertimbangkan. Tksh

    Balas
  8. xdak kelbihan apa pun lh kl dapat gkp serupa mcm dpt bpr dn bkc juge lah..kami wrga b40 gkp bkn semua berniaga besar²..buke gerai berniaga tepi jln,..berniaga kuih..bpr xdapt apatah lagi bkc pun xdapt..sekadar mkn minum,byar sewa rumah,ank² sekolah ,para suami xsemua bekerja mkn gj besar.kerja kampung,,kerja sendri..sepatutnya dapat lh bntuan dapatlah kirenya meringankan beban kami semua buat masa skrg..lagi² suami isteri berpenyakit kronik,..kl xsehat xdapatlh berniaga..harap² kerajaan daptlah mndengar rintihan kami warga gkp atau yg tdk lulus ni..buat semakan dgn telusnya bagi yg benar² layak..

    Balas
  9. Kome baca tak apa yang dema cakap semua yang kome tanye ada jwapan kat situ..pleasela rajin kanla diri tu membaca dan faham kan…porta BKM kemaskini tu dema buka 1 januari 2022 hingga 31 januari 2022 dema bagi 1 bulan tempoh untuk kemaskini..atau daftar baru..yang ada gkp pun mohon jer.nanti dema tapisla mana yang dapat .insyaa allah..bersangka baik jer..usaha dan tawakal..ada rezeki ada..tak de rezeki jangan sesal mungkin ada rezeki tempat lain..

    Balas
  10. Hi, ingin bertanya, adakah yang bujang jgak perlu serta kan dokumen sokongan? Jika perlu, dokumen sokongan yang bagaimana ya? Tolong jelas kan ya, sebab sebelum ini, saya lulus bpr akan tetapi fasa ke2 tidak diluluskan, dan rayuan saya jgak sma sekali tiada yang terlepas.. Jadi sy ingin penjelasan mengenai dokumen sokongan

    Balas

Leave a Comment