Cara Daftar GENIUS@Pintar(Jawab Ujian UKM1 UKM2 & UKM3)

Cara Daftar GENIUS@Pintar(Jawab Ujian UKM1 UKM2 & UKM3)

GENIUS@Pintar UKM1

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah dipelawa untuk mengambil ujian GENIUS@Pintar UKM1.Kolej Genius@Pintar telah mengadakan ujian UKM1 untuk mencari murid pintar dan berbakat seluruh Malaysia.

Apa Itu Kolej GENIUS@Pintar

Kolej GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi. UKM telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program ini  sejak Januari 2011. Murid-murid yang mengikuti program ini dipilih melalui proses ujian-ujian saringan UKM1, UKM2 dan UKM3. Murid mengikuti program pendidikan yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan murid yang holistik dan menyeluruh.

Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar UKM1

 

Apakah Ujian UKM1, UKM2 & UKM3

Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.

Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.

Ujian UKM1 boleh diakses melalui pautan berikut:

http://ukm1.permatapintar.ukm.my/

Terdapat juga pelajar yang semakin meningkat pencapaian dalam ujian ini setiap tahun mengikut kematangan berfikir mereka, walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak terpilih ke ujian peringkat seterusnya iaitu UKM2 atau tidak terpilih ke program-program yang disediakan. Dengan itu, pelajar-pelajar jangan berputus-asa untuk menyertai ujian ini.

Ujian UKM2 adalah merupakan ujian saringan peringkat kedua dijalankan secara terkawal di pusat-pusat ujian yang ditetapkan mulai Julai hingga September.

Pelajar yang lulus kedua-dua ujian ini akan ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program berikut:

1) Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS) GENIUS@Pintar Negara di UKM (murid berusia 9 – 15 tahun),

  1. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan untuk mengambil ujian pencarian bakat UKM2 untuk saringan kedua yang akan berlangsung secara terkawal di pusat-pusat ujian seluruh negara antara bulan Julai – Sept 2021.
  2. Hanya calon yang lulus ujian UKM2 dengan cemerlang akan ditawarkan mengikuti PPCS sesi Nov – Dis tahun berkenaan.
  3. Calon-calon yang disenarai-pendekkan untuk PPCS akan diberitahu samada melalui laman web surat, emel atau telefon. Oleh itu calon wajib memberikan butiran yang tepat dan terkini semasa mengisi borang ujian UKM1. Jika terdapat maklumat yang diragui, maka walaupun calon adalah layak, tetap tidak ditawarkan kerana tidak jujur dan bertanggungjawab.

2) Program GENIUS@Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (murid beragama Islam berusia 8 tahun sahaja),

  1. Sekiranya calon berjaya dalam ujian UKM1, calon perlu mengambil ujian UKM2 dan dan jika lulus, perlu menduduki ujian USIM-1 pula.
  2. Keputusan ujian USIM-1 akan menentukan samada calon layak ditawarkan menyertai program GENIUS@Insan.

3) Kolej GENIUS@Pintar, UKM (pelajar usia 11- 12 tahun pada tahun ujian diambil perlu menduduki ujian UKM3 semasa PPCS dilaksanakan).

 

Cara Daftar Kemasukan Pelajar Ke Kolej GENIUS@Pintar

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3.

Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.

Pusat GENIUS@pintar Negara berhasrat untuk menjadi institusi terulung dalam mempelopori keperluan pelajar pintar cerdas dan dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraaan sejagat.

Misi utama Pusat GENIUS@pintar NEGARA, UKM1 adalah untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia dalam pendidikan pintar dengan menyediakan pengalaman pendidikan yang holistik bagi pelajar pintar dan berbakat.

 

 

Tarikh Ujian UKM 1

Ujian Saringan Pertama : 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.

Syarat Permohonan UKM 1

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.

  • Murid Islam : 8 tahun / Tahun 2
  • Murid pelbagai agama / bangsa : 9 – 15 tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3

Cara Permohonan UKM 1

Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut:http://ukm1.permatapintar.ukm.my/

 

Semakan Permohonan UKM1

 Tawaran Ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM

Para calon dan ibu bapa yang telah melalui proses temu bual UKM3 2021 bagi kemasukan ke Program Kolej GENIUS@Pintar Negara, boleh melayari laman sesawang http://semak.permatapintar.ukm.my untuk membuat semakan status.

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada infografik yang disediakan atau layari https://www.ukm.my/geniuspintar/faqs-kolej-geniuspintar-ukm/ ATAU https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/

 

Artikel Lain : IQ NILAM(Cara Login & Rekod Bacaan Murid)

 

Leave a Comment