SEMAKAN UKKM MRSM 2024(Check Lokasi Tempat Ujian Kemasukan)
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat. Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal kini boleh dibuat semakan.Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
Info Penting UKKM MRSM
Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.
Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.
Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.
ADAKAH MURID MENERIMA SMS MAKLUMAN TENTANG UJIAN UKKM MRSM?
Anda ada menerima sistem pesanan ringkas (SMS)? Anda juga perlu kerap buat semakan secara online. Pelajar juga perlu mengambil tahu tentang surat panggilan menduduki ujian
CONTOH SMS UJIAN UKKM MRSM
RM0.00 MARA: Anda terpilih untuk menduduki UKKM Tingkatan 1. Sila layari https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1 untuk semakan lanjut.
TARIKH SEMAKAN UKKM, UJIAN KHAS ULUL ALBAB, UJIAN TEKNIKAL DAN IGCSE
Tarikh ujian UKKM bagi sesi 2024 belum diumumkan lagi, namun mengikut takwim tahun 2023, sesi ujian kemungkinan dilakukan pada tempoh berikut:
- Sesi 1 : November dan Disember 2023
- Sesi 2 : Januari 2024
- Sesi 3 : Februari 2024
Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel
TARIKH UJIAN SESI PERTAMA UKKM MARA 2024
Calon-calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian sesi pertama secara berperingkat bermula November dan Disember 2023 ini.
SEMAKAN LOKASI UJIAN UKKM TINGKATAN 1
- Sila ke https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
- Isi makluman Nombor Kad Pengenalan/Nombor MyKid (pelajar/anak)
- Klik Log Masuk
- Berikut adalah makluman yang bakal dipaparkan:
Nama,No Kad Pengenalan,Tempat Ujian,Tarikh Ujian,Masa,Surut menduduki Ujian (sila muat turun),Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)
SEMAKAN LOKASI UJIAN UKKM TINGKATAN 4
- Sila ke https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
- Isi makluman Nombor Kad Pengenalan/Nombor MyKid (pelajar/anak)
- Klik Log Masuk
- Berikut adalah makluman yang bakal dipaparkan:
Nama,No Kad Pengenalan,Tempat Ujian,Tarikh Ujian,Masa,Surut menduduki Ujian (sila muat turun),Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)
TIPS PENTING SEBELUM AMBIL UJIAN UKKM
- Berikut adalah makluman dan tips untuk pelajar yang layak ambil ujian UKKM:
- Janga lupa bawa Kad Pengenalan
- Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
- Sila bawa pensil sendiri
- Sila bawa pemadam sendiri
- Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti
- Sila beri perhatian semasa taklimat ringkas yang diberikan sebelum mengambil ujian UKKM untuk membantu pelajar memahami tentang perlaksanaan ujian UKKM.
DOKUMEN PERLU DIBAWA SEMASA UJIAN UKKM
Kepada para calon diwajibkan untuk membawa dokumen seperti berikut:
- 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE
- Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)
- 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
- 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
- Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)
- Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).
Untuk dapatkan contoh soalan UKKM MRSM,rujuk CONTOH SOALAN UKKM MRSM
Sesi kedua bila?
kalau dia cakap tengah diproses tu macam mana eh , kena check dengan kerap ke ?