PERMOHONAN GURU GANTI 2023 (Borang & Berapa Gaji)
Kepada anda yang ingin membuat permohonan Guru Ganti, semestinya anda ingin mengetahui cara permohonan bagi setiap negeri. Disini kami akan kongsikan kepada cara permohonan dan syarat kelayakan yang diperlukan, semoga membantu.
APA ITU GURU GANTI
Guru Ganti adalah guru yang menggantikan tempat guru lain yang tidak dapat berada di sekolah pada suatu masa tertentu. Mereka ini membantu mengisi kekosongan tatkala guru-guru terlatih mengambil cuti sakit, cuti bersalin atau menghadiri kursus.
Jawatan kosong guru ganti merupakan jawatan untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.
SYARAT KELAYAKAN GURU GANTI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Anda mesti dapat paling kurang kepujian dalam 4 subjek termasuk Bahasa Melayu dalam keputusan SPM anda
- Masih sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota badan
- Penggantian Guru Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi – Jika Berkaitan
- Penggantian Guru Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM) – Jika Berkaitan
- Penggantian Guru Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM) – Jika Berkaitan
SKOP TUGAS GURU GANTI
Berikut adalah merupakan antara skop tugas iaitu:
- Akan terlibat dengan aktiviti kokurikulum berdasar jadual dan acara yang telah disusun oleh pihak sekolah
- Buku persediaan mengajar boleh anda sediakan
- Memantau rekod pelajar sekolah daripada masa ke semasa
- Meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru yang anda gantikan
KADAR GAJI GURU GANTI
Berikut adalah merupakan tawaran gaji yang ditawarkan mengikut kelayakan iaitu:
- Lulusan SPM : Gaji RM54 sehari
- Lulusan STPM : RM72 sehari
- Lulusan Diploma : RM72 sehari
- Lulusan ijazah Sarjan Muda : RM100 sehari
TARIKH PERMOHOHONAN GURUGANTI
Tarikh permohonan adalah terbuka sepanjang masa mengikut tawaran yang ditawarkan pada setiap negeri sekiranya ada kekosongan. Anda boleh merujuk pada Pejabat Pendidikan Darah yang berhampiran dengan anda.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan bersama borang permohonan iaitu:
- Resume terkini
- Sijil SPM/STPM/Diploma/Ijazah atau sijil kelulusan akademik anda yang lain
- Sijil kokurikulum
- Salinan kad pengenalan
- Gambar berukuran passport.
CARA PERMOHONAN GURU GANTI
Sekiranya anda berminat, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:
Permohonan Secara manual
- Hadir ke pejabat pendidikan daerah (PPD) berhampiran anda untuk mengambil ambil borang. Anda boleh pilih nak mengajar di sekolah menengah atau pun sekolah rendah.
- Setelah lengkapkan borang permohonan, hantar semula dalam tempoh ditetapkan lengkap bersama dokumen diminta.
- Calon yang berkelaykan akan dipanggil temuduga terus dan dapat penempatan bagi mengisi kekosongan segera di sekolah yang memerlukan.
- Pada hari lapor diri, anda perlu berjumpa dengan pengetua untuk sekolah menengah dan guru besar untuk sekolah rendah.
- Dan selepas itu berjumpa pula dengan guru penolong kanan GPK untuk mendapatkan jadual mengajar
Nota: Pastikan anda sentiasa berpakaian kemas semasa berurusan di PPD
Permohonan Secara Online
- Anda juga boleh mohon melalui laman permohonan MySTEP kerajaan: https://mystep.mof.gov.my/
PANDUAN PERMOHONAN GURUGANTI
- Pastikan Resume anda mengandungi maklumat yang terkini dan kemas
- Anda dinasihatkan untuk sentiasa berpakaian kemas ke Pejabat Pendidikan Daerah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan guru gnti ini, anda boleh merujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran anda.
ARTIKEL LAIN
Gaji Minimum 2023 (Berapa Basic Pekerja Swasta RM1500)