Gaji Minimum(Berapa Basic Pekerja Swasta RM1500)

Gaji Minimum(Berapa Basic Pekerja Swasta RM1500)

Gaji Minimum Swasta

Setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum Swasta RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja kerajaan atau swasta di seluruh Malaysi akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Apa Itu Gaji Minimum Swasta

Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010.

Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka.

Tarikh Kuatkuasa Gaji Minimum Swasta

Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:

 (a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:

  • bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan
  • majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

 (b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

mplikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

  • Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
  • Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022

Pekerja Swasta Yang Layak Menerima Gaji Minimum

Kadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

Apakah Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum?

Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

Berikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :

Kesalahan

Penalti

Kesalahan Pertama

Denda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.

Penalti Am

Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..

Penalti bagi Kesalahan Berterusan

Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.

Penalti bagi Kesalahan Berulang

Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Apa Yang Pekerja Perlu Tahu?

Gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah_Gaji_Minimum (PGM) 2022. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik (pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dalam rumah persendirian).

Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 berkuat kuasa mulai Mei 2022 menggantikan PGM 2020.

Tahukah anda, kadar gaji yang ditetapkan ini terpakai kepada semua pekerja swasta KECUALI pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak

 

Artikel Lain : Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas Penjawat Awam

2 thoughts on “Gaji Minimum(Berapa Basic Pekerja Swasta RM1500)”

Leave a Comment