HPIPT Selangor 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT (RM1000)

HPIPT Selangor 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT (RM1000)

HPIPT Selangor

 

Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) kini dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT 2022) Selangor Tahun 2022.

Inisiatif HPIPT 2022 daripada Kerajaan Negeri Selangor ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.

Matlamat pemberian inisiatif HPIPT 2022 ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.

HPIPT 2022 secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.

Permohonan HPIPT bagi tahun 2022 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2022.

Syarat Kelayakan HPIPT 2021

Pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT 2022 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut.
    1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    2. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
  1. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
    • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
    • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
    • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
    • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
    • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022.

HPIPT SELANGOR

Cara Memohon HPIPT 2022

Untuk memohon HPIPT 2022, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web ini
  2. Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
  3. Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  5. Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  6. Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  7. Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.
  8. Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
  9. Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
  10. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam, Selangor.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
  4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  6. Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  7. Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
  8. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
  10. Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
  11. Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
  12. Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  13. Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.

 

Prosedur Pembayaran

Setiap permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.

Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja.

Oleh itu, pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT 2021.

 

Soalan Lazim

Adakah pemohon, ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia layak untuk membuat permohonan HPIPT ?

Tidak boleh. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.

 

Adakah Pemohon, ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor boleh membuat permohonan HPIPT 2021?

Boleh dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon juga telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.

 

Adakah pelajar tahun pertama dan semester pertama merujuk perkara yang sama?

Tidak. Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. Sebagai contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Oktober 2020, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT 2021 sehingga Oktober 2021 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT  dibuka.

 

Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 boleh memohon HPIPT?

Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak layak memohon.

 

Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), adakah saya layak untuk memohon HPIPT 2021?

Untuk pengetahuan, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti IPG dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.

 

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih?

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai HPIPT 2022, sila hubungi Urusetia HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.

Artikel Lain : Permohonan Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat

Leave a Comment