MRSM PROGRAM IGCSE (Semak Lokasi Kurikulum & Silibus)

MRSM PROGRAM IGCSE (Semak Lokasi Kurikulum & Silibus)

MRSM PROGRAM IGCSE

Terkini MRSM telah memperkenalkan satu sistem pendidikan MRSM yang mengintegrasikan program International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE). Disini kami akan kongsikan kepada anda lokasi MRSM terlibat, kurikulum dan silibus, semoga membantu.

 

APA ITU MRSM PROGRAM IGCSE

MRSM program International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) merupakan sistem Pendidikan MRSM yang baharu berfokuskan kepada keperluan local dan global dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantara dan akan melahirkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar rujuk dalam pelbagai bidang dan bahasa asing.

 

KELEBIHAN IGCSE MRSM

Berikut adalah merupakan antara kelebihan perlaksanaan program ini iaitu:

  • Pelajar MRSM ialah pelajar yang ‘above average’, maka mereka memerlukan kurikulum yang mencabar dan terbeza.
  • Terdapat 80% hingga 85% persamaan bagi kurikulum subjek Sains dan Matematik untuk SPM dan IGCSE.
  • Pendekatan IGCSE fokus kepada membina kemahiran lisan dan praktikal.
  • Kurikulum IGCSE menyediakan pelajar menghadapi masa hadapan, membantu mereka membangunkan rasa ingin tahu dan semangat yang berkekalan untuk pembelajaran.
  • Program dan kelayakan IGCSE menjadi satu penanda aras global bagi pendidikan antarabangsa. Program ini disediakan oleh pakar subjek yang mempunyai latar belakang akademik tegar dan penyelidikan terkini.

 

SYARAT KEMASUKAN IGCSE MRSM

Berikut adalah merupakan syarat kemasukan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu / bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon online dan WAJIB menduduki Ujian Kecendurangan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan

 

KADAR YURAN & PEPERIKSAAN IGCSE MRSM

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan dikenakan iaitu:

  • Cambridge IGCSE: RM341.90 per subjek.
  • Cambridge Checkpoint: RM130.00 per subjek.

Nota: Kadar Yuran peperiksaan akan berubah tertakluk kepada CIE. Bayaran yuran peperiksaan adalah di bawah tanggungan ibu bapa.

 

PROGRAM PENDIDIKAN IGCSE

Program pendidikan ini melibatkan gabungan antara 3 kurikulum berikut:

  • Kurikulum kebangsaan
  • Kurikulum khas MRSM berteraskan STEM
  • Kurikulum Cambridge IGCSE

NOTA: Ketiga-tiga kurikulum ini turut merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

 

CIRI-CIRI KURIKULUM CAMBRIDGE IGCSE

Cambridge IGCSE menawarkan 70 subjek, termasuk 30 bahasa dalam pelbagai kombinasi.

Berikut adakah merupakan antara ciri menerusi kurikulum ini iaitu:

  • Konsep
    • Cambridge IGCSE direka bentuk dengan dua konsep: piawaian antarabangsa dan pembelajaran kontekstual. Kandungan silibusnya bersesuaian dengan pelbagai jenis sekolah dan terhindar daripada bias budaya.
  • Pendekatan Silibus
    • Silibusnya menggunakan pendekatan inkuiri dan berpusatkan pelajar dalam pembelajaran. Cambridge IGCSE membangunkan kemahiran pemikiran kreatif, enkuiri dan penyelesaian masalah.
  • Pentaksiran / Penilaian Pelajar
    • Pelajar akan ditaksir pada akhir kursus. Struktur linear ini memberi lebih masa tanpa mengganggu waktu pengajaran. Pelajar akan dianugerahkan gred A* hingga G bagi setiap subjek, dan A* ialah gred tertinggi.

 

SENARAI MRSM PROGRAM IGCSE

Berikut adalah merupakan antara MRSM yang menawarkan program IGCSE bagi kemasukan Tingkatan 1 iaitu:

  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Alor Gajah, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MRSM Program IGCSE, anda boleh melayari website rasmi sila layari laman website rasmi  Majlis Amanah Rakyat (MARA) 

 

Artikel berkaitan: PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2023 (Cara Isi mara.gov.my)

Leave a Comment