Jadual Penuh Liga Super Malaysia 2023

Jadual Penuh Liga Super Malaysia 2023

Jadual Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia 2023 bakal berwajah baharu apabila Malaysian Football League (MFL) mengorak langkah dengan melakukan penstrukturan semula bagi memastikan liga bola sepak profesional negara itu lebih dinamik dan berdaya saing. Pasti anda tertunggu-tunggu jadual untuk menonton Liga Super Malaysia.

Kami turut menyediakan jadual liga super Malaysia untuk memudahkan anda menyaksikan perlawanan bola sepak.

Apa Itu Liga Super Malaysia

Liga Super tahun 2023 akan melihat 18 pasukan bersaing untuk 16 slot Liga Super 2024 di mana format 16 pasukan Liga Super akan kekal untuk tahun tahun berikutnya.

Tahun ini (2022), dua pasukan paling bawah Liga Premier akan bersaing dengan 2 pasukan Liga M3 untuk slot ke-17 dan ke-18 Liga Super tahun 2023 namun wakil M3 wajib memenuhi kriteria pelesenan kelab MFL sebelum diterima masuk ke Liga Super di mana bagi musim 2023 pula, Liga Super akan bergerak ke liga 16 pasukan.

Pasukan Dalam Liga Super Malaysia

Untuk tahun 2023, Liga Super akan berlangsung dari 24 Februari hingga 17 Disember 2023.

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Terengganu FC, Sabah FC
  • Negeri Sembilan FC
  • Selangor FC
  • Kuala Lumpur City FC
  • Sri Pahang FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • Penang FC
  • Kelantan FC
  • Kuching City FC
  • Kelantan United FC
  • PDRM FC
  • Perak FC

Waktu Sepak Mula Bola Sepak

Waktu sepak mula bagi perlawanan liga ini adalah seperti berikut:

VENUE

WAKTU (1)

WAKTU (2)

WAKTU (3)

RAMADAN

Semenanjung

5:15pm/5:30pm

8:15pm

9:00pm

10:00pm

Sabah dan Sarawak

4:30pm/4:45pm

7:30pm

8:15pm

9:15pm

Langkah MFL untuk memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

Walau bagaimanapun, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL.

Berikut merupakan lima perkara yang PERLU anda tahu untuk musim 2023 Liga Malaysia:

Piala Sumbangsih kembali ke format lama

Format Piala Sumbangsih akan kembali kepada corak terdahulu dengan perlawanan pertama liga akan dianggap sebagai aksi kejuaraan pembuka tirai kalendar bola sepak negara.

Ini bermakna, perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada LS1 akan diadakan sebagai aksi liga dan Piala Sumbangsih.

Jika perlawanan berakhir dengan seri, JDT dan Terengganu perlu mengharungi penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sumbangsih.

Keputusan ini dibuat kerana MFL mengutamakan “agenda nasional” kerana jika diadakan secara berasingan, Liga Malaysia akan rugi seminggu dan ini memberikan kesan kepada persiapan Harimau Malaya menjelang Piala Asia pada Januari 2024.

Kejuaraan Dalam Liga Super Malaysia

Secara keseluruhan, MFL mempertandingkan enam kejuaraan untuk musim ini termasuklah pelbagai peringkat kejohanan.

Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kekal menjadi pertandingan utama (major tournament) sambil tiga lagi kejohanan iaitu Piala MFL, Piala Cabaran dan Piala Sumbangsih.

Piala MFL merupakan nama untuk liga simpanan disebut menggantikan Liga Premier yang direhatkan penganjurannya terlebih dahulu.

Jadual Liga Super Malaysia Terkini

Penjadualan Liga Malaysia termasuk Liga Super adalah mengambil kira perkara berikut:

  • Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Persiapan Pertandingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023)
  • Pertandingan AFC Champions League 2023 dan Pertandingan AFC Cup 2023
  • Pusingan kelayakan pertandingan AFC B23
  • Pertandingan AFF B23
  • Sukan Asia 2023, Guangzhou (B23)
  • Kejohanan Sukan SEA 2023 (Cambodia)
  • Pertandingan Piala MFL (Liga Simpanan) 2023
  • Pertandingan Piala FA 2023
  • Pertandingan Piala Malaysia 2023
  • Pertandingan Challenge Cup 2023
  • Hari pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  • Tempoh rehat dan perjalanan pasukan.

Anda boleh rujuk pautan ini untuk jadual liga super Malaysia : https://www.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2023/01/Jadual-Liga-Super-2023-Kemaskini-2023.01.25.pdf

Artikel Lain : Cara Beli Tiket Bola Sepak Online

Leave a Comment