Permohonan Semakan Status Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Permohonan Semakan Status Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

 Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Berita gembira buat para lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Mara, anda kini boleh membuat permohonan untuk pendahuluan Pinjaman Mara. Pelancaran Skim Pendahuluan pelajaran MARA  ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT).

Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap dihantar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut baca dengan teliti panduan yang kami sediakan.

Apa Itu Pinjaman Pelajaran Mara

P1njaman Pendahuluan Pelajaran MARA telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah bagi membiayai perbelanjaan persediaan mereka untuk kemasukan ke IPMA.P1njaman Pendahuluan Pelajaran MARA telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah bagi membiayai perbelanjaan persediaan mereka untuk kemasukan ke IPMA.

Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Institusi Pendidikan Mara

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:

  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Objektif Pelaksanaan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Mara

Objektif pelaksanaan pinjaman pendahuluan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membantu pelajar-pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan; atau
  • Mengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki IMPA.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi memohon pinjaman pendahuluan ini adalah seperti berikut:

  1. Mendapat Tawaran Melanjutkan Pengajian di Institusi Pendidikan MARA (GMI/UNIKL/KPTM/KUPTM) sahaja.
  2. Pelajar dan Ibu/Bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.

Cara Memohon Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Mara

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Baru.’
  3. Masukkan nama, no kad pengenalan, dan nama institusi diikuti dengan butang ‘Seterusnya.’
  4. Ikuti arahan dan lengkap permohonan sehingga selesai.

Semakan Status Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Mara

Semakan status permohonan boleh dibuat menerusi kaedah ini:

  1. Layari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Masuk.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

Sistem Pembayaran Balik Pinjaman Pendahuluan MARA

a. Jadual Bayaran Balik (JBB) akan dikeluarkan secara automatik setahun selepas tamat tajaan

b. Peringatan akan dikeluarkan apabila bayaran tidak mengikut jadual

c. Sila bawa dokumen/maklumat berikut untuk perbincangan dan rayuan:-

i) No. Akaun pelajar

ii) Salinan slip gaji terbaru

iii) Salinan borang J

iv) Senarai tanggung beserta bukti

v) Lain-lain Maklumat

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Pendahuluan P1njaman Pelajaran MARA , sila hubungi talian 03 2613 2000/2042/2110/2038.

Artikel Lain : Jadual Bayaran Duit Elaun Mara

Leave a Comment