JAWATAN KOSONG MYSTEP 2023 (Check & Semak Iklan Pengambilan PERSONEL)
Kepada anda yang ingin membuat permohonan Guru Ganti, anda kini boleh membuat permohonan menerusi dibawah seliaan MyStep. Disini kami akan kongsikan kepada cara permohonan dan syarat kelayakan yang diperlukan, semoga membantu.
APA ITU GURU GANTI MySTEP
Guru Ganti adalah guru yang menggantikan tempat guru lain yang tidak dapat berada di sekolah pada suatu masa tertentu. Mereka ini membantu mengisi kekosongan tatkala guru-guru terlatih mengambil cuti sakit, cuti bersalin atau menghadiri kursus. Jawatan kosong guru ganti merupakan jawatan untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.
SYARAT KELAYAKAN GURU GANTI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Anda mesti dapat paling kurang kepujian dalam 4 subjek termasuk Bahasa Melayu dalam keputusan SPM anda
- Masih sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota badan
- Penggantian Guru Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi – Jika Berkaitan
- Penggantian Guru Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM) – Jika Berkaitan
- Penggantian Guru Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM) – Jika Berkaitan
SKOP TUGAS GURU GANTI
Berikut adalah merupakan antara skop tugas iaitu:
- Akan terlibat dengan aktiviti kokurikulum berdasar jadual dan acara yang telah disusun oleh pihak sekolah
- Buku persediaan mengajar boleh anda sediakan
- Memantau rekod pelajar sekolah daripada masa ke semasa
- Meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru yang anda gantikan
TEMPOH KONTRAK GURU GANTI MySTEP:
- Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
- Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)
KADAR GAJI GURU GANTI MYSTEP
Berikut adalah merupakan kadar gaji bagi guru ganti MyStep bergantung kepada tahap kelayakan akademik iaitu:
- SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Diploma / STPM / STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Ijazah : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)
JAWATAN KOSONG MySTEP
Berikut adalah merupakan jawatan kosong guru ganti MyStep bagi beberapa negeri iaitu:
NEGERI | DAERAH | IKLAN KEKOSONGAN |
Selangor | PPD Klang |
|
Kelantan | PPD Pasir Mas |
|
Perak | PPD Perak Tengah |
|
Sarawak | PPD Miri |
|
MAKLUMAT LANJUT
Untuk menadapatkan maklumat mengenai jawatan kosong MyStep, anda boleh merujuk pada portal rasmi MyStep di pautan https://mystep.mof.gov.my/
Apakah MySTEP?
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLC / Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
- Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Kadar Upah / Bayaran MyStep
Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Sektor Awam Kadar (RM) | GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 | 2,100 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 | – |
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Penempatan MySTEP
Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.
Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
Kemudahan MyStep
Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:
Jenis Kemudahan | Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik |
Cuti Rehat | 12 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Cuti Sakit | 14 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan PERKESO | Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan |
Semoga perkongsian berkenaan jawatan kosong MYSTEP ini memberikan manfaat kepada anda semua.
ARTIKEL LAIN
CARA TEMUDUGA ONLINE (Tips Interview Mohon Kerja / Pengajian)