SPA9 Login Masuk 2023: Semakan Jawatan Kosong SPA9
Kepada semua pencari kerja yang masih menggunakan sistem SPA8i jika akaun anda telah tamat tempoh anda perlu daftar SPA9 bagi mengaktifkan akaun pencarian kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam anda. Daftar akaun SPA9 supaya carian kerja di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kembali aktif.
Kepada anda yang masih belum tahu, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menaik taraf sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada sistem baharu dan sudah siap sedia untuk anda gunakan. Sebelum ini sistem tersebut dikenali dengan nama SPA8i dan kini telah dinaik taraf kepada SPA9. Jadi topik kita pada hari ini adalah bagaimana cara daftar SPA9.
Bagi pemohon yang ingin memohon kerja boleh gunakan login semua pautan suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia spa9 seperti di bawah ini:
- Login senarai tawaran jawatan Spa di laman web spa9 secara online : Pengumuman Terkini
- Login Borang Pendaftaran Pekerjaan spa9 dalam sektor awam : Register
- Login Sistem Peperiksaan spa9 Online : Semakan Penjadualan Keputusan
- Semakan keputusan peperiksaan online spa 2022 : SEMAK SINI
- Login masuk www.spa.gov.my semakan status permohonan spa9 Lepasan Spm : Semakan Penjadualan Keputusan atau Keputusan Temu-duga
Cara Daftar SPA9
Sekiranya anda ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, SPA9 adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkan kekosongan pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam.
Untuk makluman, kepada pemohon yang akaun SPA8i mereka masih aktif, ataupun telah lama tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baharu kerana sistem mereka telah dinaik taraf.
Permohonan jawatan kosong boleh dilakukan pada laman web rasmi SPA9.
Bagaimana Cara Pendaftaran SPA9
Kepada mereka yang baru pertama kali ingin membuat pendaftaran, anda perlu membuat daftar SPA9 baru pada laman web SPA9 untuk membolehkan anda untuk memohon pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ikuti sahaja langkah daftar SPA9 yang akan dijelaskan di bawah:
- Anda perlu membuka laman web rasmi SPA9. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
- Setelah anda membuka laman web tersebut anda perlu mencari Pendaftaran Pengguna.
- Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk ke langkah berikutnya.
- Kemudian, anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
- Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
- Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
- Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju.
- Klik Daftar.
Setelah anda selesai daftar SPA9 sekarang kita perlu pergi ke bahagian seterusnya iaitu cara login SPA9.
Panduan Login SPA9
Berikut pula ialah cara untuk log masuk SPA9 selepas daftar SPA9.
- Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik Log Masuk.
- Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan daftar SPA9 sila layari https://spa9.spa.gov.my/ atau:
Sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke [email protected] atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/)
Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk memohon pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.
Semoga bermanfaat.
Baca Juga:PERMOHONAN KOLEJ PROFESIONAL MARA(KPM):SEMAKAN STATUS DIPLOMA DI KPM
Baca Juga: SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE LEPASAN SPM(e-RAYUAN)