CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB(Format Terkini)

CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB(Format Terkini)

Contoh surat tunjuk sebab

Contoh surat tunjuk sebab penting sebagai rujukan untuk anda menjawab surat dari majikan atau sekolah anda. Jadikan ia sebagai rujukan menjawab surat tunjuk sebab anda.

Surat tunjuk sebab dalam konteks pekerjaan biasanya dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja yang telah melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar kontrak pekerjaan seperti kesalahan lewat datang kerja, cuti kecemasan, tidak hadir kursus, tidak hadir mesyuarat dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang, bukan kita tidak mahu pergi kerja. Cuma ada sebab tersendiri dan bersifat peribadi. Bukan tidak mahu hadir kursus atau mesyuarat yang majikan suruh, tapi saat akhir ada perkara-perkara tertentu yang perlu diselesaikan. Bukan juga sengaja mahu lewat datang kerja, tetapi ada hal yang perlu diselesaikan dahulu di rumah.

Ponteng tugas atau disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan. Kata-kata tidak dapat membuktikan penjelasan maka surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bertugas adalah alasan terbaik untuk menutup masalah anda. Jalan yang terbaik untuk memberi penjelasan kepada majikan selain musabab yang bernas dan menyakinkan. Contoh surat tunjuk sebab ini sebagai rujukan ketika anda membuat surat.

Pekerja yang diberikan surat tunjuk sebab hendaklah memberi penjelasan kepada majikan dengan memberikan alasan yang munasabah bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya. Contoh surat tunjuk sebab ini diharap membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Baca Juga: Semakan Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

 

Format Surat Tunjuk Sebab

Surat tunjuk sebab merupakan salah satu urusan rasmi. Surat tunjuk sebab ini perlu dikemukakan apabila ingin memberitahu sebab atas tindakan tertentu seperti tidak hadir ke mesyuarat, tidak hadir ke kerja dan sebagainya.

Surat tunjuk sebab ini boleh ditulis dan disertakan dengan sebab serta alasan terhadap sesuatu perkara yang telah dilakukan. Contohnya ialah :

  • Sertakan kesalahan yang telah dilakukan.
  • Nyatakan sebab dan punca kesalahan itu terjadi.
  • Nyatakan janji anda agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Baca Juga: SEKOLAH SIRAJ JAWI:PERMOHONAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI 2022

Alasan Surat Tunjuk Sebab

Antara contoh alasan yang biasa digunakan jika menjawab surat tunjuk sebab adalah seperti berikut:

  1. Kebimbangan pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan sekitar
  2. Menjalani kuarantin wajib
  3. Berada di luar negara
  4. Melawat Orang Sakit
  5. Balik Kampung
  6. Sakit Perut dan lain-lain yang tidak mendapat rawatan tiada surat cuti sakit
  7. Urusan Kematian
  8. Urusan Keluarga
  9. Kenderaan Rosak
  10. Anak demam

Banyak lagi alasan-alasan lain yang biasa diberikan kerana menjawab surat tunjuk sebab. Jika anda boleh sertakan surat contohnya bil baiki kereta jika sebab tidak hadir kerana kenderaan rosak lebih menguatkan lagi alasan anda.

Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA MyBRAIN SC 2021 (PHD,MASTER & IJAZAH PERTAMA)

Koleksi Contoh Surat Tunjuk Sebab

Berikut adalah contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik dan boleh dijadikan panduan kepada mereka yang perlu menyediakan surat ini untuk menjawab surat majikan :-

1.Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja

Berikut merupakan contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, dan tidak dibuat-buat supaya majikan anda boleh terima.

 

Tarikh :

Pengurus,

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya tidak dapat hadir kerja pada .

2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . .

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.

4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

 

2.Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus

Berikut ialah surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan yang diberikan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak dapat hadir ke kursus.

 

Tarikh :

Pengurus,

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KURSUS

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya tidak dapat hadir ke pada yang bertempat di .

2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana .

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.

4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

 

3.Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, tulis alasan yang logik dan masuk akal supaya boleh diterima. Bukan main asal tulis asal sedap mata memandang.

 

Tarikh :

Pengurus,

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya tidak dapat hadir ke pada di .

2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . .

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.

4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

 

4.Contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja

Berikut merupakan  surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.

 

Tarikh :

Pengurus,

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya lewat hadir kerja pada .

2. Sebab kelewatan saya ialah kerana .

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.

4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

 

5.Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Ke Sekolah 

Berikut merupakan surat tunjuk sebab lewat hadir sekolah yang boleh digunakan.

 

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              2 Disember 2020

 

Tuan / Puan,

 

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1 Disember 2020

 

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan keluarga.

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020.

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana perlu bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Johor/Ada pembacaan wasiat keluarga/ada konflik keluarga/ada urusan yang agak privasi berkaitan keluarga yang perlu diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Semoga semua Contoh Surat TunjukSebab di atas ini dapat membantu anda dalam mengarang surat tunjuksebab yang mudah dan terbaik. Apa pun alasan kita, pastikan majikan kita tahu tentang perkara ini. Jangan berat tangan untuk whatsapp boss kita pagi-pagi.

Leave a Comment