Permohonan Kad Perakuan Nikah Setiap Negeri (Johor Sarawak Sabah Pahang)

Permohonan Kad Perakuan Nikah Setiap Negeri (Johor Sarawak Sabah Pahang)

kad nikah

Buat pasangan yang sudah melansungkan perkahwinan baru-baru ini, anda boleh lah membuat permohonan kad perakuan nikah secara online. Usah susah-susah lagi beratur di kaunter. Hanya melayari pautan yang berkenaan, anda boleh membuat permohonan.

 

APA ITU KAD PERAKUAN NIKAH

Kad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan. Kad n1kah ini lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

 

Permohonan Kad Perakuan Nikah Negeri Johor

 

  1. Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan.
  2. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan N1kah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan.
  3. Kad Perakuan N1kah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri.
  4. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan.
  5. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu.
  6. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
  • Salinan Sijil Nikah negeri Johor
  • 2 keping gambar suami (digalakkan bersongkok) dan isteri (bertudung) ukuran passport (latarbelakang biru atau putih) dan Bayaran RM40.00

Bagi Daerah Johor Bahru dan kawasan sekitar permohonan boleh dibuat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan hadir  ke :

Bahagian Undang-Undang Syarak, Jabatan Agama Islam Negeri Johor,

Aras 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2282920 / 07-2282771Fax : 07-2282919

TEMPOH SIAP : 1 HINGGA 2 JAM.

*Boleh Mohon Di Mana-Mana Pejabat Kadi Daerah Berhampiran di Negeri Johor.

TEMPOH SIAP : 3 BULAN

 

Permohonan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor

SYARAT PERMOHONAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan:

  • Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri)
  2. Gambar berukuran passport:
    1. Suami (1 keping, pakaian bersesuaian)
    2. Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup)

KADAR BAYARAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang dikenakan:

  • 00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)
  • Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat

NOTA: Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dengan membawa resit pembayaran.

 

CARA PERMOHONAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:

  1. Pemohon/wakil perlu hadir ke kaunter:
    • One Stop Centre (OSC), Aras Bawah (G), Menara Selatan, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  2. Waktu Operasi Kaunter
    • Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) : 8.00 pagi – 4.30 petang
  3. Pastikan anda membuat temujanji dahulu di pautan:

Panduan Temujanji:

  • Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.
  • Kebenaran masuk ke pejabat bagi tujuan pengambilan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

 

Permohonan Kad Perakuan Nikah Negeri Kelantan

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH

  1. Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kelantan sahaja.
  2. ii) Pasangan mestilah sudah menerima sijil perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

 

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) Satu salinan Sijil Perakuan Nikah (suami atau isteri)

2) Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri

3) 4 keping gambar berukuran Pasport :

  1. a) 2 gambar suami (pakaian bersesuaian)
  2. b) 2 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)

Nota : Warganegara berlatarbelakangkan biru dan Bukan Warganegara berlatarbelakangkan Merah

3) Bayaran RM30.00 untuk dua keping kad n1kah pintar.

Suami atau isteri boleh hadir bersama atau sendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh 4 minggu. Suami atau isteri boleh mengambil sendiri ditempat mereka membuat permohonan.

 

DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH PINTAR

Kad n1kah boleh dibuat di:

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,

Kompleks Islam Darul Naim 15200, Kota Bharu Kelantan

 

 

Permohonan Kad Perakuan Nikah Kuala Lumpur

Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan melengkapkan borang Permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar dan disertakan dokumen berikut  ;

  • Surat Perakuan Nikah (asal) yang dikeluarkan oleh JAWI.

* Bayaran RM28 sepasang.

* Pakaian hendaklah menutup aurat

 

 

Permohonan Kad Perakuan Nikah Negeri Sarawak

Ikuti panduan selanjutnya :

 

Langkah 1 : Masuk ke laman sesawang Khidmat Islam Sarawak

Langkah 2 : Daftar masuk menggunakan SarawakID anda.

Akaun SarawakID merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke aplikasi SarawakPay, eRecruitment dan portal kerajaan Sarawak yang lain.

Langkah 3 : Klik pada ‘Munakahat’ dan tekan ‘Permohonan Kad Nikah’

Langkah 4 : Lengkapkan maklumat peribadi anda serta pasangan.

Sebelum itu, jangan lupa untuk membenarkan akses portal tersebut kepada maklumat anda di dalam akaun SarawakID.

 

Kemudian, teruskan untuk mengisi maklumat daerah permohonan, nombor siri serta nombor pendaftaran sijil perakuan nikah anda.

 

Langkah 5 : Muat naik gambar berukuran passport anda serta pasangan.

Gambar yang anda muat naik hendaklah bersaiz kurang daripada 2MB.

 

Langkah 6 : Sahkan maklumat dan simpan

Jika anda telah selesai mengisi maklumat anda serta berpuas hati dengan gambar passport yang telah anda muat naik, anda boleh menekan punat ‘Simpan dan hantar’.

Namun, sekiranya ada ruangan yang belum anda isi, anda boleh memilih untuk menekan punat ‘Simpan’ untuk anda kemas kini kemudian.

Langkah 7 : Semak status permohonan anda di emel.

Anda akan menerima notifikasi berkenaan permohonan anda. Jadi, jangan lupa untuk sentiasa menyemak emel anda sekiranya ada makluman berkenaan status permohonan kad n1kah anda.

Siap!

Mudah saja rupanya. Senang betul ya sekarang, dah tak perlu pergi ke pejabat agama untuk permohonan kad n1kah. Semuanya boleh dilakukan secara atas talian.

Artikel Lain : Senarai Cadangan Hadiah Kahwin

2 thoughts on “Permohonan Kad Perakuan Nikah Setiap Negeri (Johor Sarawak Sabah Pahang)”

  1. Saya nikah di kuantan pahang. Kad nikah hilang semasa kecurian pecah masuk bersama dompet.
    Macam mn sy nk apply bg gantian yg baru?

    Balas

Leave a Comment