JADUAL TARIKH LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2024

JADUAL TARIKH LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI

Pelajar lepasan SPM dan STPM digalakan untuk menyertai Karnival Pendidikan Tinggi Negara. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U Tahun 2023 dijangka akan diadakan di beberapa lokasi atau zon di seluruh Malaysia dari hujung bulan Januari sehingga April 2023.

 

APA ITU KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

Menerusi karnival ini, pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajian yang diminati. Wakil-wakil dari setiap universiti akan berada di setiap lokasi bagi memberi penerangan tentang universiti masing-masing. Di karnival ini juga terdapat badan-badan yang boleh memberi bantuan kewangan pelajaran seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggii Nasional (PTPTN).

Bantuan akan diberikan kepada yang layak. Jelajah ini merangkumi seluruh negeri di Malaysia. Oleh itu pelajar boleh pergi ke mana-mana lokasi yang berdekatan untuk mencari apa-apa maklumat berkaitan. Karnival ini sangat membantu memberi penerangan kepada belia yang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran

 

KELEBIHAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang akan diperolehi menerusi karnival ini iaitu:

  • Memberi pencerahan tentang hala tuju pendidikan ke peringkat seterusnya
  • Mendapatkan maklumat penting tentang Institut Pengajian Tinggi dalam negara termasuk program yang ditawarkan
  • Memudahkan pelajar membuat keputusan yang betul dalam membuat pilihan melanjutkan pengajian tinggi
  • Mendapatkan nasihat daripada wakil IPT Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
  • Membantu pelajar membuat perbandingan dengan IPT lain mengikut kesesuaian pelajar
  • Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati

 

JADUAL DAN TARIKH LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

Berikut adalah merupakan perlaksanaan Karnival Pendidikann Tinggi Negara (KPTN) untuk tahun 2023 iaitu:

Selangor & WP Kuala Lumpur

  • Tarikh : 31 Mac 2023 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  • Lokasi : Klang Commercial Convention Center, Selangor

Pulai Pinang

  • Tarikh : 1 April 2023 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  • Lokasi : SJKC Shang Wu, Pulai Pinang

Perak

  • Tarikh : 7 April 2023 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  • Lokasi : SMJK Yuk Choy, Ipoh

Johor

  • Tarikh : 8 April 2023 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
  • Lokasi : Sekolah Menengah Cina Batu Pahat, Johor

NOTA: Tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tingg1 Negara 2023 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai karvival ini, anda boleh melayari facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Lain : Senarai FoodPanda Voucher 2023

1 thought on “JADUAL TARIKH LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2024”

  1. Makluman Hebahan Karnival Pendidikan Sinar Bestari Negeri Selangor 2023 dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

    Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2023
    Waktu : 9.00pagi hingga 6 petang
    Tempat : Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam Selangor
    Pautan : https://jpnselangor.moe.gov.my/

    Jom datang ramai- ramai ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari Negeri Selangor 2023

    #KarnivalPendidikanSinarBestari
    #memacupendidikangenerasidigital
    #SinarHarian
    #SinarBestari
    #JPNSelangorTerbilang

    Balas

Leave a Comment