RAYUAN TINGKATAN 6:BORANG RAYUAN KEMASUKAN FORM 6 2022
Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2022. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 sesi 2022-2023 untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau ingin menukar jurusan.
Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan kebiasaannya selepas result SPM diumumkan.
Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2022
Berikut dikongsikan maklumat mengenai borang rayuan kemasukan tingkatan 6 2021 meliputi pautan muat turun borang rayuan, kategori rayuan dan tarikh penting rayuan.
Tarikh Rasmi Rayuan Tingkatan 6
- Dibuka : 7 JULAI 2022
- Ditutup :
Tarikh adalah rasmi seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rayuan boleh dibuat secara atas talian di
Senarai kategori borang rayuan dan panduan cara membuat rayuan bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut :-
Download Borang Rayuan Tingkatan 6 (ENAM)
Muat Turun Borang RAYUAN 2020 Dan Panduan Mengisi
Jenis Borang Rayuan
i) Borang T6BRU
Borang T6BRU adalah borang rayuan umum Form 6 untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).Penghantaran borang hendaklah disertakan bersama salinan dokumen yang telah di sahkan seperti berikut:-
- Keputusan peperiksaan SPM;
- Sijil kelahiran;
- Kad pengenalan/ pasport;
- Sijil Berhenti Sekolah; dan
- Bil Utiliti
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2020 dan permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan
Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
- Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK); dan
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar
ii) Borang T6BKK
Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam (berdasarkan pencapaian kokurikulum) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)
iii) Borang T6BCP (Borang Rayuan Permohonan Tingkatan 6)
T6BCP adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Keputusan peperiksaan SPM 2019;
- Sijil kelahiran;
- Kad pengenalan/ pasport;
- Sijil Berhenti Sekolah; dan
- Bil Utiliti
Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pej Pendidikan Daerah yang berkenaan
Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
- Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Men Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Untuk menukar jurusan, pelajar perlu mengisi Borang T6BRTJ
iv) Borang T6BRTJ (Borang Rayuan Permohonan Ting. 6)
Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Keputusan Peperiksaan SPM 2019
- Inventori Minat Kerjaya dan
- Dokumen yang berkaitan
Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan belajarKelulusan permohonan ini bergantung kepada kekosongan tempat belajar. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing
Berikut adalah tarikh penting dan cara semakan keputusan rayuan kemasukan ke Ting. 6
2021:-
Baca Juga: JANJI TEMU ONLINE( JTO ) KWSP:PERMOHONAN TEMU JANJI DALAM TEMPOH PKP
Semakan Keputusan Rayuan
- Dibuka : 20 Julai 2021
- Ditutup : –
Aplikasi Pautan Semakan Rayuan Form 6 : KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 ONLINE
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2021 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!