Kenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan Khas) Penjawat Awam (Cara Kira & Contoh)

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan Khas) Penjawat Awam (Cara Kira & Contoh)

Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas kepada penjawat awam berjumlah RM100 akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.

Apa Itu Kenaikan Gaji Penjawat Awam

KGT Tambahan Khas bermaksud amaun bagi pemberian pergerakan gaji tambahan khas akan diberikan sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi tahun 2023 sahaja.

Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Pelaksanaan inisiatif ini adalah dengan melihat gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 akan ditambah dengan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 pada 1 Januari 2023.

Amaun tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai tersebut hanya diberi pada tahun 2023 sahaja.

       Pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya tertakluk kepada pegawai memenuhi syarat dan peraturan PGT yang berkuat kuasa

Pegawai Yang Layak

Pejawat awam yang layak menerima kenaikan ini akan melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dari Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum
1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023 seperti berikut:

  • Pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
  • Pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
  • Pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
  • Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2023.

Pegawai Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak menerima kenaikan ini adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang tidak hadir bertugas dan ditahan gajinya sepanjang tahun 2022.
  • Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
  • Pegawai yang dilantik mulai 1 Januari 2023.
  • Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2023.
  • Pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 31 Disember 2022.

Contoh Cara Kira

Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut KGT Tambahan Khas untuk tahun 2023, sila hantar email ke [email protected] atau melayari laman web https://www.jpa.gov.my/.

Artikel Lain : Jadual Gaji Penjawat Awam 2022 2023

1 thought on “Kenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan Khas) Penjawat Awam (Cara Kira & Contoh)”

Leave a Comment