MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Format Baru UPKK)

MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Format Baru UPKK)

MPKAFA

Perhatian kepada ibu-bapa serta pelajar sekolah rendah, Penilaian kelas al-Quran dan fardu ain tahun 2021 bagi menggantikan subjek bertulis akan dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 15 hingga 30 November depan.Kami akan membantu anda berkenaan MPKAFA Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.

INFO TERBARU 

Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2021

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui;

• Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my atau;

• Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.

Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

MPKAFA

Apa Itu KAFA

  1. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan Agensi Agama Islam Negeri.
  2. Murid KAFA berumur antara 7 hingga 12 tahun.
  3. KAFA menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh JAKIM.
  4. Peruntukan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

 

Format Baru UPKK MPKAFA

MODUL PENILAIAN KELAS KAFA (MPKAFA)

Terdapat 2 bahagian yang akan dinilai.
Bahagian A : 75 markah
Bahagian B : 25 markah

Bahagian A (75%)

  • Penilaian 5 subjek.
  • Guru-guru sekolah anak-anak yang akan menilai MPKAFA mengikut silibus dari tahun 3 sehingga tahun 5 (seperti telah dipelajari).
  • Semua soalan akan diselaraskan 1 malaysia .
  • Penyelia akan memantau guru-guru yang menilai.

Bahagian B (25%)

  • Dinilai sepanjang tempoh PDPR yang telah dijalankan.
  • Nilaian 25% ini dibahagi kepada 3;
  1. Nilai dan sahsiah 5%
  2. Kehadiran PDPR 10%
  3. Komitmen dan hasil kerja murid 10%

Keseluruhan adalah 100 markah.

*Sijil tetap akan dikeluarkan sama seperti UPKK sebelum ini.

 

Cara Muat Turun Dokumen MPKAFA

dokumen MPKAFA boleh dimuat turun oleh penilai yang akan dilantik melalui portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jakim pada 8 hingga 10 November 2021

Anda boleh klik di pautan ini : https://simpeni.islam.gov.my/

 

Tarikh Perlaksanaan MP KAFA

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021.

JAKIM ingin menegaskan bahawa, perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK KAFA(Bila Tarikh Ujian)

 

1 thought on “MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Format Baru UPKK)”

Leave a Comment