LOGIN SAPS IBUBAPA 2022 (Semak & Muat Turun Slip Peperiksaan Anak)
LOGIN SAPS IBUBAPA ialah Semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).
Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.
Namun untuk makluman semua sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.
Semakan Login SAPS Ibu Bapa
Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:
Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
Klik butang “Semak”
Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar
SAPS NKRA
Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.
Gred Sekolah Rendah
80-100 Gred A Cemerlang
65-79 Gred B Baik
50-64 Gred C Memuaskan
40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
85-100 Gred A Cemerlang
70-84 Gred B Kepujian
60-69 Gred C Baik
50-59 Gred D Memuaskan
40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
70-79 Gred A- Cemerlang
65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
60-64 Gred B Kepujian Tinggi
55-59 Gred C+ Kepujian Atas
50-54 Gred C Kepujian
45-49 Gred D Lulus Atas
40-44 Gred E Lulus
0-39 Gred G Gagal
TH Tidak Hadir
Masalah Login SAPS IBUBAPA
Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak boleh login SAPS Ibu Bapa.
Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.
Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.
Cara paling pantas untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.
Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.
Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:
Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.
Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).
Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:
Kemaskini 18 Jun 2018: Sistem SAPS Ibu Bapa ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan dakwaan pencerobohan ke atas sistem berkenaan yang diterima 10 Jun lepas.
Penutupan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media baru-baru ini.
Soalan Lazim
1.Saya tidak tahu proses mengendalikan SAPS di sekolah saya?
Sila rujuk guru data HEM atau PK HEM untuk urusan pendaftaran dan sebagainya.
2.Sebagai SUP baru saya tiada ID SAPS, bagaimana?
Pertama sila daftar ID SUP terlebih dahulu di portal rasmi http://sapsnkra.moe.gov.my
3.Bagaimana pula jika komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”?
Mungkin anda tersilap masukkan ID ketika login. Sila cuba sekali lagi. Namun jika masalah sama berulang, sila rujuk pegawai meja SAPS PPD / JPN.
4.Bagaimana jika terlupa kata laluan?
Sila rujuk pegawai meja SAPS di PPD atau JPN untuk menyemak semula / RESET login anda.
5.Terdapat nama murid yang berulang dalam sistem SAPS & APDM?
Masalah ini berpunca dari sistem APDM yang telah berubah. Sila padam nama murid yang berulang dan minta SUP untuk import semula nama murid secara individu.
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN SAPS IBUBAPA (Check Keputusan Peperiksaan Anak Guna IC)