Muat turun Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2022

Muat turun Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2022

 Borang Deklarasi Covid-19

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 dikehendaki mengisi borang deklarasi saringan Covid-19 bagi mengisytiharkan status kesihatan mereka setiap hari sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

ibu bapa perlu sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menunjukkan sebarang gejala.

Semasa di pusat peperiksaan, langkah-langkah pencegahan Covid-19 perlu sentiasa diamalkan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci atau mensanitasi tangan, tidak berkongsi peralatan atau alat tulis dengan calon lain, serta mematuhi penjarakan fizikal.

Perkara ini perlulah sentiasa diamalkan sebelum, semasa mahupun selepas menjalani peperiksaan.

calon juga disarankan untuk menghadkan pergerakan mereka dan mengurangkan kontak sepanjang musim peperiksaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan awam termasuk calon, petugas peperiksaan, pihak pentadbir, ibu bapa, dan penjaga supaya sentiasa mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam dalam norma baharu yang telah ditetapkan.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) di asrama dan sesi kelas secara bersemuka yang ditetapkan adalah ketat, KPM akan mengkaji pendekatan terbaik mengatasi penularan COVID-19 jika berlaku peningkatan kes membabitkan institusi pendidikan berkenaan.

 

PERATURAN AM PELAJAR

  1. Semua pelajar digalakkan memakai pelitup muka pada setiap masa.

 

  1. Semua pelajar mesti mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.

 

  1. Sentiasa membersihkan tangan dengan sanitizer atau sabun dengan kerap.

 

  1. Amalkan cara batuk dan bersin yang betul.

 

  1. Sila beritahu dengan guru jika sakit atau tidak sihat.

 

  1. Jauhkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut.

 

  1. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau tanpa urusan yang munasabah.

 

  1. Pelajar perlu sentiasa berada di dalam kelas masing-masing.

 

  1. Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan pergerakan pelajar.

Muat turun Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC)

 Borang Deklarasi Covid-19

Untuk memuat turun BDSC rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila ke pautan PDF berikut:

https://www.mpm.edu.my/…/mua…/muat-turun-borang-gunasama

 

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang penggunaan borang ini, sila rujuk ke laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

http://apps.mpm.edu.my/saringan/index.php

Semoga perkongsian tentang borang deklarasi saringan Covid-19 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Jadual Dan Tarikh SPM 2022

Leave a Comment