LOGIN UPUONLINE (Cara Log Masuk Kemaskini Semakan Keputusan Sesi 2023/2024)
Login UPUOnline, Portal Rasmi UPU Sistem Permohonan UPU Online kini sedang mendapat jumlah carian yang tinggi dek kerana begitu ramai lepasan SPM dan STPM yang ingin mengemas kini dan membuat semakan UPU online mereka berdasarkan keputusan peperiksaan masing-masing.
Seperti yang diketahui umum, laman web UPU login UPUOnline merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara dalam talian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik Premier
- Politeknik Konvensional
- Kolej Komuniti
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Fasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024
Calon yang telah membuat permohonan bagi fasa 1 & 2 boleh membuat pengemaskinian mengikut katagori seperti berikut:
- Lepasan SPM: Minggu Pertama Jun 2023
- Lepasan STPM/Setaraf: Minggu Keempat Julai 2023
Tempoh Kemaskini UPU Online 2023/2024
Tempoh pengemaskinian dibuka dari:
- Lepasan SPM: Minggu Pertama Jun 2023
- Lepasan STPM/Setaraf: Minggu Keempat Julai 2023
Permohonan UPU Online
Log In – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar
Login UPUOnline
Kementerian Pendidikan Tinggi adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web http://upu.mohe.gov.my (portal rasmi upu) login UPUOnline serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
Untuk tatacara login UPU online lengkap klik manual pengguna di SINI.
Manual Pengguna Login UPUOnline Bagi Lepasan SPM
Ikut Manual Cara login UPUOnline di sini.
Tarikh Penting Bagi Permohonan UPU Online
Senarai Tarikh Penting dan Perkara (Kemas Kini 2021)
Berikut merupakan senarai kesemua tarikh penting bagi Permohonan UPU:
Tarikh-tarikh Penting Kemasukan Pelajar Lepasan SPM dan STPM atau Setaraf Sesi Akademik 2021 2022
Panduan dan Syarat Am Permohonan UPU Online
Program Lepasan SPM/ Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program Pengajian UA dan Politeknik Premier
Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
- Semua program pengajian di UiTM;
- Asasi UIAM;
- Asasi Sains UM;
- Asasi UNIMAS;
- Asasi UMS; dan
- Asasi UniSZA
Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
- Asasi Pengajian Islam UM;
- Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
- Tahmidi USIM;
- Asasi UKM, UUM; dan
- Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
Login UPUOnline Program Lepasan STPM/Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Hebahan Permohonan UPUONLINE 2023/2024
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
Tarikh Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2023/2024
- Mei 2023 hingga Jun 2023
Tempoh Setuju Terima Tawaran UPU Online
Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:
- Mei 2023 hingga Jun 2023
Cara Semakan Permohonan UPUONLINE Sesi 2023/2024
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022.
Pautan Semakan UPU Online
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
Cara Rayuan UPUOnline
Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/
Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2023/2024
Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2023/2024 adalah mulai:
- Lepasan SPM: Minggu Pertama Ogos 2023
- Lepasan STPM/Setaraf: Minggu Ketiga Oktober 2023
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Tarikh Semakan Keputusan UPU Online Lepasan STPM 2023/2024
- Dibuka : Akan dikemaskini kemudian
- Ditutup : Akan dikemaskini kemudian
Soalan Lazim Login UPUOnline
1.Apa itu BPKP JPT?
BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke :
- a) 20 buah UA & 3 Politeknik Premier
- Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
- b) Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
- Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
2.Apakah Maksud Meritokrasi dan Penggunaan Meritokrasi dalam Kemasukan Pelajar?
Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai
- a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 UA dan 3 Politeknik Premier
- b) 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
3.Apakah Perbezaan antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/METrO?
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier.
Tiga (3) Politeknik Premier adalah :
- Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
- Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
- Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut :
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
- Politeknik Kota Bharu, Kelantan
- Politeknik Kuching, Sarawak
- Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
- Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
- Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
- Politeknik Melaka, Melaka
- Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
- Politeknik Merlimau, Melaka
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
- Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
- Politeknik Muadzam Shah, Pahang
- Politeknik Mukah, Sarawak
- Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
- Politeknik Jeli, Kelantan
- Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
- Politeknik Banting, Selangor
- Politeknik Mersing, Johor
- Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sandakan, Sabah
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor
Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah:
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
- Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
- Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)
4. Apakah Perbezaan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, Program Lepasan SPM/Setaraf, Program Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Program Lepasan Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan login Sistem Permohonan UPUOnline ini, anda boleh mendapatkan rujukan yang tepat menerusi:
LAMAN WEB: Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
TALIAN HOTLINE: 03 8870 8200
FAKS: 03 8870 6864
ALAMAT EMEL: [email protected]
ARTIKEL LAIN
Baca Juga: REGISTER LOGIN PNM:CARA DAFTAR PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ONLINE(pnm.elib.com.my)
Politeknik Kuching Sarawak