MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN ANTARABANGSA (MTHQA) 1444H/2022

MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN ANTARABANGSA (MTHQA) 1444H/2022

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

Seperti kebiasaanya pada tiap-tiap tahun di Malaysia, semestinya akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA). Disini kami akan kongsikan tarirk dan lokasi MTHQA bagi kali ke-62 pada tahun 1444H/2022, semoga membantu.

 

APA ITU MTHQA

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ialah sebuah program majlis tilawah AlQuran yang diadakan setiap tahun di Malaysia.

 

KATAGORI PENYERTAAN MTHQA 1444H/2022

Berikut adalah merupakan katagori bagi penyertaan MTHQA bagi siri ke-62:

  • Seramai 41 orang peserta melibatkan 31 buah negara menyertai MTHQA dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.
  • Kebiasaannya penganjuran MTHQA melibatkan dua (2) kategori iaitu:
    • Pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil
    • Pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk.
  • Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja.
  • Peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA dikehendaki untuk melalui sesi saringan kelayakan yang dijalankan pada 1 hingga 7 Julai 2022 yang lalu secara atas talian

NOTA:  Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-62 telah selesai dijalankan pada yang melibatkan penyertaan 64 orang peserta daripada 40 buah negara.

 

TARIKH & MASA MTHQA 1444H/2022

MTHQA sesi ke-62 tahun 1444H/2022 akan bermula pada tarikh dan waktu berikut:

  • Tarikh: 19 hingga 24 Oktober 2022M.
  • Waktu: 8.45 malam – 11.30 malam

 

LOKASI MTHQA 1444H/2022

MTHQA kali ke-62 pada tahun ini bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) jam 8.45 malam. Orang ramai boleh hadir secara fizikal dan tempat adalah terhad.

 

SIARAN LANGSUNG MTHQA 1444H/2022 (LIVE Streaming)

Terkini anda Siaran Langsung (LIVE Streaming) Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1444H. Tgerdapat pelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.

Berikut adalah merupakan pautan siaran langsung MTHQA iaitu:

 

KEPUTUSAN PEMENANG MTHQA SESI KE-62 TAHUN 1444H/2022(MAJLIS TILAWAH AL-QURAN)

Berikut adalah merupakan keputusan pemenang MTHQA sesi ke-62 iaitu:

  • Katatgori Lelaki
    • Qari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed
    • Marhah: 93.33%
  • Katatgori Perempuan
    • Qariah Malaysia, Sofizah Mousin
    • Markah: 89.66%

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Tilawah Al-quran, anda boleh melayari website rasmi porta rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di pautan https://www.islam.gov.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA (RANKING TERKINI 2022-2023)

Leave a Comment