Cara Mengisi Rekod Bacaan Sistem iQ-NILAM(Guna Komputer & Telefon Pintar)

Cara Mengisi Rekod Bacaan Sistem iQ-NILAM(Guna Komputer & Telefon Pintar)

Mengisi Rekod iQ-NILAM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membina satu platform untuk membantu merekodkan bahan bacaan pelajar. Sistem IQ-Nilam adalah bertujuan untuk menggalakan amalan membaca dikalangan pelajar sekolah rendah dan meenengah.Pelajar digalakan mengisi data dan maklumat bahan bacaan mereka menggunakan sistem tersebut. Kami telah menyediakan panduan ringkas cara mengisi rekod iq-nilam yang mudah dan berkesan.

 

APA ITU IQ NILAM

Sistem IQ-NILAM mudahkan murid rekod maklumat bahan bacaan secara dalam talian

PROGRAM IQ-NILAM. Murid digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini kerana banyak masa terluang . Hal ini kerana, membaca adalah jambatan ilmu.

 

 

Cara Mengisi Rekod IQ-Nilam Menggunakan Telefon dan Komputer

 Berikut adalah Langkah-langkah Mengisi Rekod iQ-NILAM yang perlu anda ikuti:

  1. Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my
  2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
  3. Borang Maklumat Bacaan Muridakan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:

 

  • Maklumat Bahan Bacaan
  • Tajuk Buku
  • Pilihan Bahasa
  • Tahun Terbitan
  • Pengarang
  • Penerbit
  • Jenis Bahan Bacaan
  • Buku Fiksyen
  • Buku Bukan Fiksyen
  • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
  • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
  • Rumusan
  • Aktiviti Pengayaan
  • Aktiviti Lain-lain (jika ada)

 

  1. Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang
  2. Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan.
  3. Selamat mencuba, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda.

 

Pengisian Anugerah Nilam dalam PAJSK

Melalui pangkalan data IQ-Nilam ini, murid dapat mengetahui jumlah terkumpul bacaan atau jumlah bacaan keseluruhan. Menarik tentang Program Nilam, pencapaiannya boleh juga diisi dalam Rekod PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum).

 

cara rekod iqnilam

Guru-guru dan murid-murid boleh merujuk jadual di atas untuk mengetahui jumlah markah yang akan dicatatkan dalam PAJSK. Semoga dengan adanya pengiktirafan ini, murid akan lebih bermotivasi untuk membaca. Ingat, membaca jambatan ilmu.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru yang ingin memanfaatkan IQ-Nilam bersama murid-murid.

SOALAN LAZIM

Mengapa bacaan mesti direkodkan dalam sistem IQ NILAM 2021?

Hasil pembacaan kanak-kanak dalam sistem akan membantu mereka mencapai tahap rekod 5 bintang, yang seterusnya menyumbang kepada pencapaian PAJSK. Galakkan ibu bapa pelajar untuk mendorong dan mengawasi bacaan anak-anak mereka di rumah untuk berjaya.

 

Apakah fungsi IQ Nilam?

IQ NILAM 2021 telah diubahsuai untuk menjadikannya lebih mudah Pihak sekolah, terutamanya guru besar / GPM / NILAM untuk memantau rekod bahan bacaan pelajar. Sistem rakaman akan dilengkapkan oleh pelajar menggunakan ID DELlMa. Sistem Telah selesai dan siap digunakan mulai 4 Januari 2021.

Bagaimana sekiranya terlupa Kata Laluan?

Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan.

semoga dengan perkongsian cara Mengisi Rekod iQ-NILAM ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

 

Artike Lain : Tablet PdPR

 

1 thought on “Cara Mengisi Rekod Bacaan Sistem iQ-NILAM(Guna Komputer & Telefon Pintar)”

Leave a Comment