GsPEL GIATMARA (Permohonan Daftar Pengambilan Pelatih Baru)

GsPEL GIATMARA (Permohonan Daftar Pengambilan Pelatih Baru)

GsPEL GIATMARA

GIATMARA telah membuka peluang kepada para individu berumur  15 tahun dan keatas untuk menyertai program latihan kemahiran yang mereka sediakan. Program Latihan kemahiran tersebut adalah salah satu usaha untuk membantu memberikan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran sedia ada setiap individu.Setiap program Latihan kemahiran yang disediakan adalah berkualiti dan di iktiraf sijil tersebut. Pengambilan Oktober 2023 kini sudah dibuka, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang pengambilan GSPEL GIATMARA tersebut.

 

APA ITU GsPEL

Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) adalah satu sistem yang berasaskan Aplikasi Web bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau kemasukan pelatih sehingga pelatih tamat bagi Ibu Pejabat GIATMARA, Pejabat GIATMARA Negeri dan juga semua Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.

 

FUNGSI GsPEL

Sistem GSPel ini antara lain menguruskan:

  • Proses permohonan pelatih secara atas talian,
  • Proses temuduga dan pendaftaran pelatih di Pusat GIATMARA,
  • Proses pengurusan dan pengeluaran elaun pelatih,
  • Proses pemarkahan dan persijilan pelatih, dan
  • Proses mengemaskini maklumat pelatih.

 

KELEBIHAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan kelebihan yang terdapat sekiranya anda memasuki giatmara:

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)

 

SYARAT KELAYAKAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Bumiputera
  • Berumur 15 Tahun Ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari
  • Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

 

SENARAI KURSUS & SIJIL GIATMARA

Berikut adalah merupakan antara kurus dan sijil yang ditawarkan:

KURSUSSIJIL
  • Kursus Kluster Komputer dan Networking
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Senibina
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Creative Media
  • Sijil Profesional
  • Sijil Kemahiran
  • Sijil Modular
  • Sijil Teknologi
  • Sijil Kehadiran
  • Sijil Kemahiran Warisan
  • Sijil Perantisan
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

 

PANDUAN PERMOHONAN GsPel GIATMARA

  • Program latihan adalah secara Sepenuh Masa (Full Time)
  • Program latihan secara Separuh Masa (Part Time) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  • Menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh Giatmara di seluruh Malaysia
  • Menyemak lokasi Giatmara berhampiran anda
  • Mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  • Menyemak Manual Permohonan secara online

 

CARA PERMOHONAN GsPEl GIATMARA ONLINE

Berikut adalah merupakan cara permohonan online:

  1. Layari pautan Permohonan Online 
  2. Masukkan No kad Pengenalan anda, klik seterusnya
  3. Isikan maklumat diperlukan dengan lengkap
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan anda

 

CARA PERMOHONAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan cara permohonan secara manual:

  1. Muat turun Borang Permohonan 
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut
  3. Hantar terus kepada GiatMara yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT GsPel GIATMARA

Untuk makumat lanjut mengenai Permohonan GsPel GiatMara 2023, sila merujuk website rasmi Giatmara di pautan http://giatmara.edu.my/

 

Artikel lain: Jadual Bayaran Elaun MARA

Leave a Comment