CARA BELI TIKET SELF CHECK IN  MYAIRLINE ONLINE (Web & MYAirLine.my)

CARA BELI TIKET SELF CHECK IN  MYAIRLINE ONLINE (Web & MYAirLine.my)

MYAIRLINE

Perkhidmatan pengangkutan adalah medium utama untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Kapal terbang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh dengan masa yang singkat. Anda pasti selalu menggunakan perkhidmatan perkhidmatan pernerbangan yang tersedia menggunakan MYAirline.

Untuk pengetahuan, MyAirline merupakan syarikat penerbangan tambang murah kedua negara serta baru sahaja mendapat pengesahan daripada Malaysian Aviation Comission (Maycom) untuk menawarkan servis tambang murah mereka. Disini kami akan kongsikan cara untuk beli tiket dan check in dengan mudah di MYAirline online, semoga membantu.

 

APA ITU MYAIRLINE

MYAirline Sdn Bhd, dahulunya dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd, ialah syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) baharu Malaysia yang ditubuhkan sejak 11 Januari 2021. Syarikat penerbangan kami telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dengan Kelulusan Bersyarat oleh rakyat Malaysia. Suruhanjaya Penerbangan (MAVCOM) pada 1 Januari 2022. Kami kemudiannya berjaya memperoleh Sijil Operator Udara (AOC) permulaan kami daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada 1 Oktober 2022. MYAirline telah diberikan ASL rasmi pada 15 November 2022 oleh MAVCOM kepada mengendalikan armada yang terdiri daripada pesawat Airbus A320-200 dari KLIA2.

 

CARA DAFTAR MYAIRLINE

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya.

  1. Layari pautan Sign Up 
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik pada Next
  3. Sahkan maklumat anda dan anda akan menerima link pengesahan melalui email
  4. Selesai

 

CARA BELI TIKET GUNA MY AIRLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membeli tiket penerbangan secara online:

  1. Layari pautan MYAirline DI SINI 
  2. Klik pada Sign Up / Login. Seterusnya log masuk akaun anda.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Trip Type (Round / One-Way)
    • Passanger (Jumlah Penumpang)
      • Adult: 12 tahun ke atas
      • Children: 2 tahun sehingga 11 tahun
      • Infant: 2 tahun ke bawah
    •  From (dari lokasi anda berada)
    • To (lokasi yang ingin anda tuju)
    • Date (tarikh perjalanan anda sama ada dua hala atau sehala)
  4. Setelah lengkap semuanya, klik pada Search Flight
  5. Sahkan maklumat anda dan ikut proses pembelian sehingga selesai

 

CARA CHECK IN MY AIRLINE

Semua pelanggan diwajibkan untuk check in dan perkhidmatan ini akan ditutup satu jam sebelum penerbangan anda sama ada bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa. Untuk self check in secara dalam talian, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MYAirline DI SINI 
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada bahagian menu, klik pada Check In
  4. Pilih tarikh penerbangan anda
  5. Masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket anda dan ikuti langkah mudah sehingga selesai untuk melengkapkan proses daftar masuk.
  6. Pilih pilihan pas masuk pilihan anda dan bawa bersama anda ke lapangan terbang:
    • Cetak
    • Pas masuk mudah Alih
    • Apple Passbook
  7. Seterusnya download dan print Boarding Pass macam biasa. PDF File, nak print takda warna pun takda masalah ok.
  8. Jika anda mempunyai bagasi untuk daftar masuk, teruskan ke kaunter daftar bagasi sekurang-kurangnya 60 minit sebelum penerbangan anda.
  9. Jika anda hanya mempunyai bagasi yang dibawa, sila tunjukkan pas masuk dan dokumen pengenalan diri anda di tempat keselamatan dan teruskan ke pintu masuk (sila ambil perhatian pintu masuk ditutup 30 minit sebelum waktu berlepas).

NOTA: Daftar masuk web boleh dibuat dari 48 jam dan sehingga 90 minit sebelum berlepas.

 

PROMOSI MYAIRLINE TERKINI

Berdasarkan hasil semakan, tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Langkawi hanyalah serendah RM48 untuk satu hala manakala penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching pula serendah RM68 sahaja bagi satu hala. Anda yang berminat untuk mencuba atau merasai pengalaman baharu boleh membuat tempahan bagi penerbangan seawal 1 Disember ini.

 

MAKLUMAT PENTING

Untuk mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, setiap penumpang Malaysia Airlines sangat digalakkan untuk melakukan proses checkin sendiri secara atas talian seperti yang ditunjukkan di atas.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Self Check In Malaysia Airlines Online (Web & MHmobile)

3 thoughts on “CARA BELI TIKET SELF CHECK IN  MYAIRLINE ONLINE (Web & MYAirLine.my)”

  1. Check in with MyAirline is very inconvenience compare to other airline. Trying to check in a few times but unsucessfull. Needed to let all my friends and relatives know the difficulties of using myairline and also needs to think twice before using myairline.

    Balas
  2. Saya tak dapat check in…flight saya 7.30 ini dan kami masih dalam perjalanan dari melaka…sangat mengharapkan pertolongan..kami ada final exam di kotabharu pagi ini

    Balas
  3. knp susah sgt nak check in online? flight saya pg esok tp sampai skrg tak boleh check in?
    ini bkn pengalaman pertama. dah 2 kali sblm ini masalah yg sama berlaku

    Balas

Leave a Comment