SEMAKAN NO TIN (Check Nombor Pengenalan Cukai)

SEMAKAN NO TIN (Check Nombor Pengenalan Cukai)

SEMAKAN NO TIN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan penggunaan tax identification number (TIN) atau nombor pengenalan cukai bermula 1 Januari 2022. Semua warganegara yang layak akan menerima no tin tersebut.

Cadangan melaksanakan no TIN telah dibentangkan dalam Bajet 2020 yang lalu dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021.

Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem dan prosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022.

 

Apa Itu NO TIN?

Nombor pengenalan itu akan diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan kena cukai dan setiap orang yang wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967

Penggunaan no TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk beberapa urusan antaranya yang melibatkan transaksi di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976). Setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.

Info Penting Berkenaan Nombor Pengenalan Cukai

Semua pihak yang melakukan pelupusan dan pemerolehan harta tanah atau syer syarikat harta tanah perlu mempunyai nombor TIN dalam borang nyata dan dokumen seperti yang terdapat dalam borang CKHT 1A / CKHT 1B/ CKHT 2A/ CKHT 3 atau bayaran di bawah Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui Borang CKHT 502 oleh pemeroleh.

Sebarang surat-menyurat dan rayuan berkaitan transaksi di bawah ACKHT 1976 serta urusan penyeteman dokumen dan suratcara di bawah Akta Setem 1949 juga akan menggunakan nombor pengenalan itu.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Permohonan Nombor Pengenalan Cukai ( NO TIN)

Bagi pembayar duti yang masih belum mempunyai nombor TIN, mereka tidak perlu bimbang kerana urusan penyeteman masih boleh diteruskan.

Dalam hal ini sistem STAMPS akan membuat pendaftaran secara automatik nombor TIN mereka berdasarkan maklumat yang diisikan dalam sistem tersebut.

Bagi pembayar duti yang telah mempunyai nombor TIN tetapi tidak mengingati nombor berkenaan pula, sistem STAMPS akan memaparkan nombor TIN berkenaan selepas mereka mengisi nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat.

 

Pendaftaran Secara Automatik No TIN

TIN itu akan diproses secara automatik bagi pembayar cukai individu melalui maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada LHDN.

Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai syarikat yang baharu diperbadankan yang mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID dan lermohonan pendaftaran secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my dan lermohonan secara manual di kaunter perkhidmatan percukaian dan pejabat cawangan LHDN,

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment